SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Isnin, 5 November 2012

Dia Ni Bukan Ahli Politik Tulin......Jiwanya Tidak Kental Dalam Perjuangan....


Zaid Ibrahim letak jawatan sebagai Presiden parti KITA

KUALA LUMPUR, 5 Nov — Datuk Zaid Ibrahim (gabar) telah meletakkan jawatan sebagai Presiden KITA tetapi mendakwa beliau masih mengawal parti itu, lapor The Star Online hari ini.

Setiausaha parti tersebut, Masrum Dayat, yang mengambil alih jawatan presiden itu berkata, Zaid telah menyerahkan surat peletakan jawatannya pada Sabtu.

“Bagaimanapun, beliau masih seorang ahli jawatankuasa pusat dan ahli biasa KITA,” katanya kepada The Star Online, sambil menambah bahawa Zaid menyatakan masalah kesihatan sebagai punca peletakan jawatannya.

Zaid adalah menteri “De Facto” undang-undang semasa pentadbiran Tun Abdullah Badawi.

Beliau kemudiannya meletakkan jawatan dan meninggalkan Umno selepas ahli parlimen DAP Teresa Kok ditahan ISA pada tahun 2008.

Beliau kemudiannya menyertai PKR akan tetapi keluar dari parti tersebut pada tahun 2010 kerana hilang keyakinan kepada kepimpinan penasihat parti tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan