
Apakah tindakan Perkasa dan beberapa NGO gabungan nya untuk mengatasi penghijerahan akidah islam kepada bukan islam terutama kristian.
Kita juga menunggu apakah tindakan JATI (jalur tiga) yang memperjuangkan akidah umat islam Malaysia (Melayu)apakah tindakan mereka, bila mendengar dengan jelas berapa ramainya yang murtad dikalangan melayu islam berpindah agama seperti yang di jelaskan oleh Mufti Perak semasa ucapan perasmian persidangan agung tahunan Perkasa.antara ucapan beliau seperti dibawah ini:-
Sementara itu Harussani dalam ucapan perasmian persidangan itu mempertahankan jumlah orang lslam yang murtad memeluk Kristian pada tahun 2008 ialah seramai 230, 000 orang.
Bagaimanapun, menurut mufti Perak itu kerajaan tidak percaya dengan angka yang diberikan itu.Baca DiSini
“Kerajaan mengingatkan saya supaya jangan bercakap tanpa bukti. Mereka kata ada lima orang sahaja.
“Saya bawa bukti yang diberikan oleh persatuan peguam Islam iaitu seramai 231, 636 yang berjaya dikristiankan.
“Angka ini disahkan oleh pemimpin Kristian yang bangga kerana berjaya mengkristiankan orang Islam,” katanya.
Seperti biasanya mereka itu hanya cakap sahaja lebih, tindakan mereka hanya menyalahkan orang lain, kerana itu lah standat mereka, sama ada Ibrahim atau Hassan .
Mereka tak berani pun menegur kerajaan yang ada dan bertanyakan megapa dibiarkan orang muslim murtad ini begitu ramai ?
Sebenarnya mereka juga hanya mengunakan isu murtad ini sebagai senjata untuk memburukkan dan menghentam parti lawan dan mengunakan isu murtad ini untuk kepentingan hidup mati politik mereka.
Sudah berapa ramai kah yang mereka selamatkan daripada murtad ? itu persoalan yang harus perkasa dan jati jawap, mungkin jati baru tapi pemimpin nya sudah terlalu lama melaungkan soal selamatkan akidah.
Untuk makluman semua sesiapa sahaja:- Perjuangan yang ikhlas itu bukan dengan pangkat , gelaran, pingat yang pasti gerak kerja yang berkesan. Kerja lebih cakap kurang itu yang penting.
Untuk renungan Bersama :- Kata-kata Saidina Ali as. Aku takut banyak cakap, kerna banyak cakap banyak silap,banyak silap banyak dosa, banyak dosa.....masuk neraka .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan