SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Selasa, 11 Disember 2012

Musa Hassan Desak Robert Phang Minta Maaf Atau Hadapi Saman



PETALING JAYA: Malaysian Crime Watch Group (MyWatch) hari ini mendesak Tan Sri Robert Phang (gambar> memohon maaf berikutan kenyataan beliau sebelum ini yang mengaitkan Badan Bukan Kerajaan (NGO) tersebut dengan sindiket kongsi gelap.

Penaung MyWatch, Tan Sri Musa Hassan memberikan tempoh selama tiga hari untuk Robert Phang melakukan hal demikian sebelum tindakan undang-undang diambil ke atas beliau.

"Ianya merupakan kenyataan yang jahat..... MyWatch dikaitkan dengan kongsi gelap kerana hanya saya berada di sini (dalam MyWatch).

"Jika dia berdendam dengan saya, dengan saya sahajalah..... Jangan babitkan NGO.

"Saya beri masa tiga hari untuk beliau meminta maaf sebelum kami berunding dengan peguam dan memulakan saman undang-undang terhadap beliau," kata beliau pada sidang di Hotel Hilton di sini.

Phang sebelum ini telah menakut-nakutkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana didakwa telah 'tidur' dengan bekas musuh mereka, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Musa turut mendakwa ketika beliau memegang jawatan Ketua Polis Negara dari tahun 2006 hingga 2010, Phang selalu berjumpa dengan beliau menawarkan diri sebagai penasihat.

Robert Phang

Phang mempersoalkan kenapa beliau tidak dilantik sebagai penasihat sedangkan sebelum itu beliau merupakan penasihat kepada bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar.

"Saya cakap saya tidak perlukan penasihat, saya boleh fikir sendiri... Phang ketika dihubungi tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana khuatir media akan salah ertikan maksud Musa.

Sebaliknya beliau meminta Musa mengeluarkan kenyataan media secara bertulis dan beliau akan menjawab apa yang dibangkitkan oleh Musa.

Dalam perkembangan lain, Musa enggan memberi sebarang komen berhubung kenyataan bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Ramli Yusuff yang mendakwa Musa telah menyalahgunakan kuasa ketika menjadi Ketua Polis Negara.

Malah beliau mempersoal bagaimana Ramli mendapat kemewahan dan siapa yang mengarahkan beliau menggunakan platform polis untuk memburuk-burukkan Musa.

"Saya pun hendak komen juga, saya hendak tahu siapa di belakang dia sehingga dia diberikan platform di dalam polis untuk menghentam saya?

"Saya rasa dia (Ramli) patut jawab pada umum bagaimana dia dapat kemewahan atau kekayaan yang begitu banyak semasa masih lagi berada di dalam pasukan (polis)," soal beliau lagi.

Sebelum ini, pendedahan Musa berkaitan campur tangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam penyiasatan polis telah disalah anggap oleh pihak tertentu bahawa beliau mempunyai hubungan politik dengan Pakatan Rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan