SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Jumaat, 14 Disember 2012

Sultan Muhammad V sertai majlis solat hajat, tahlil

Sultan Muhammad V bersalaman dengan para jemaah.

KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berangkat menghadiri Majlis Solat Hajat, Bacaan Yaasin, Tahlil dan Doa Selamat di Masjid Muhammadi di sini malam tadi.
Turut berangkat pada program sempena Sambutan 100 Tahun Penubuhan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) itu Tengku Mahkota Kelantan Dr. Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra.

Turut hadir pada program tersebut Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaacob, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, Pegawai Kewangan Negeri Datuk Mohd Faudzi Che Mamat, Mufti Kerajaan Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad dan Timbalannya Datuk Nik Abdul Kadir Nik Mohamad dan Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Mohamad.

Hadir sama Pengelola Istana D’Raja Kelantan Datuk Ahmad Mahmood, Pengarah Jabatan Hal Ehwa Agama Islam Kelantan (Jaheaik) Datuk Che Mohd Rahim Jusoh, Timbalan Yang Dipertua Maik Datuk Kamaruddin Mohd Zin, ketua jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan serta para pegawai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan