SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Rabu, 9 Januari 2013

aduh Menanah Telinga Orang Umno


Jumaat 4 Jan 2013 saya sempat menonton Rancangan Cinta Ilmu siaran TV Al Hijrah di Saluran Astro 114. Penceramahnya ialah Sheikh Nuruddin Al Banjari, tajuknya ialah Ilmu, Ulama dan Politik. Amat cantik sekali kupasan Sheikh Nuruddin dalam isu tersebut, sayang ianya tidak disiarkan di TV1 atau TV3 atau dijadikan teks khutbah Jumaat. Isinya amat sesuai untuk semua umat Islam dan pemimpin Islam baik dari Umno, PAS atau PKR.

Dalam perbicaraannya Sheikh Nuruddin menyebut dia tahu ada dalam studio yang tidak berapa suka apa yang dia sedang perkatakan. Tapi dia hanya menyampaikan apa yang perlu disampaikan.
 
Antara perkara yang menarik perhatian saya ialah : 
1. Darjat ulama itu adalah lebih tinggi dari pemimpin politik, pemimpin negara (Perdana Menteri , walaupun Sheikh tak sebut Perdana Menteri).
 
2. Kalau seorang ulama meninggal dunia, begitu sukar untuk mencari penggantinya. Kalau ahli politik atau pemimpin negara yang meninggal dunia, ramai yang berebut-rebut akan jawatan tersebut.
 
3. Ulama serta golongan agama harus mengetahui perkembangan politik semasa, tetapi tidak semestinya terlibat secara langsung.
 
4. Ulama perlu mendampingi pemerintah (Perdana Menteri) untuk menasihati pemerintah apa yang benar , apa yang salah. Sepertimanaulama dahulu kala yang dipenjara, diseksa kerana memperkatakan yang benar kepada pemerintah seperti Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad, Imam Nawawi dan ramai lagi ulama-ulama yang berani berkata benar kepada pemerintah.

5. Ulama apabila dicalonkan untuk sesuatu jawatan tinggi akan menceritakan kebaikan calon lain supaya dia tidak terpilih, sedangkan ahli politik apabila dicalonkan ke sesuatu jawatan (ADUN, Ahli Parlimen dan sebagainya) akan menceritakan keburukan calon yang lain supaya dia terpilih.
InsyaAllah, saya rasa akan ada pihak yang akan muat turun di Youtube program tersebut. Rugi kalau tak tonton. 
Alangkah baiknya apa yang diperkatakan oleh Sheikh Nuruddin ini dijadikan topik utama Khutbah Jumaat.

 
hahaha... kalau disampaikan atau didengari oleh puak2 bangsa umno mau meleleh nanah keluar dari telinga diorang... lepas tu diorang buat repot polis... hahahaha...

Selang dua tiga hari kemudian... Mufta Harusanasini dan Hasan Akidah pun hentam.., Majlis Fatwa dan Jakim pun tumpang semangkok... JAIS pulak keluarkan repot Ustaz ni takda Tauliah.
 
Maka begitulah ceritanya apabila bercakap perkara yang benarrrr..., apatah lagi untuk dijadikan teks khutbah Jumaat... mau Khatib Jumaat tu masuk jel setahun... muakakakakaaaa....
 
umno tak boleh tahan kepanasan dengan kebenaran daripada Al-Quran dan Sunnah (ilmu.perintah Allah). Kerana diorang semua adalah spesies makhluk Syaitan2 yang di kenali... muakakakaaaaa... tak gitu bangsa umno sekalian...????

Tiada ulasan:

Catat Ulasan