SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Sabtu, 9 Februari 2013

Bukti Umno Akan Tebalik


Kanopi Solat Jumaat Melambung Naik


Salam.

Dipetik dari email sahabat.

SEMOGA JADI PENGAJARAN KEPADA SEMUA PUAK² YANG MENYANGKAL HUKUM ALLAH… 

Gempar: Kanopi Solat Jumaat Melambung Naik Ke Atas Bumbung Masjid ketika Para Jemaah Sedang Sembahyang Zohor Dekat Kuantan ! 
  


KUANTAN, 15 April [10.20 am] - Penduduk Taman Pasdec Makmur, Indera Mahkota dekat sini panik dan gempar apabila melihat tiga buah kanopi berada di atas bumbung masjid taman berkenaan. Kejadian berlaku ketika beberapa orang jemaah sedang menunaikan solat Zohor di masjid berkenaan (Masjid Al-Makmur). Sungguh mengejutkan, apabila tiga buah kanopi yang bersaiz 20' x 20' tiba-tiba melambung naik ke atas bumbung masjid berkenaan. Sebelum ini kita pernah mendengar satu cerita kubah masjid melayang diudara, seperti yang berlaku di Indonesia. Namun, kini kejadian aneh berkenaan berlaku pula di kawasan ini. Beberapa orang saksi yang ditemui juga terkejut dan tergaman dengan kejadian itu. Menurut seorang saksi yang tidak mahu namanya dikenali berkata "Saya sendiri amat pelik dengan kejadian ini, dan menganggap ia adalah satu amaran dari Allah SWT sebenarnya. Apatah lagi kanopi yang berat itu boleh melambung naik ke atas bumbung masjid dan kakinya mengadap ke langit. Kanopi yang biasanya hanya boleh diangkat dan dipindahkan oleh 5 hingga 10 orang itu tiba-tiba naik ke atas bumbung. Bukan satu kanopi, tetapi tiga kanopi sekali yang terangkat naik ke bumbung !!" katanya. Biarpun ada pihak yang mengatakan, kanopi tersebut terangkat akibat putaran angin puting beliung. Namun, masalahnya ketika kejadian cuaca amatlah baik sekali dan tiada tanda-tanda hujan, ribut, berangin atau sebagainya. Malah, kedudukan masjid berkenaan juga agak terlindung kerana terdapat bangunan lain di sekitarnya seperti bangunan KAFA, KRT dan sebagainya.




Kiri, kedudukan tapak asal kanopi yang kini kosong selepas ia terangkat



Bukti, kanopi tersebut berada dalam keadaan teratur dan tidak pun koyak

"Jika angin puting beliung berlaku, sudah pasti kanopi-kanopi gerai berhampiran juga akan terangkat sama. Ini tidak, kain kanvas kanopi itu pula tidak terkoyak dan berada dalam keadaan baik. Bukankah ini sesuatu yang mustahil. Malah, kanopis itu naik serentak pula ke atas bumbung dan keadaannya juga teratur tidak ada yang patah, bengkok atau sebagainya. Saya menolak kemungkinan tersebut berdasarkan keadaan tapak yang tidak ada kesan ribut dan puting beliau. Saya syak sudah pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan masjid berkenaan dan harus diperbetulkan" kata seorang saksi. Sementara itu, seorang jemaah masjid berkenaan pula berkata kemungkinan kejadian misteri dan aneh itu berlaku akibat kesilapan dan kealpaan pihak AJK masjid terhadap beberapa perkara yang menjadi persoalan dikalangan penduduk setempat. "Imam pernah mengumumkan memohon sumbangan untuk membina bumbung baru bagi kemudahan jemaah bersolat jumaat setahun yang lalu. Kos yang diperlukan anggarannya sekitar RM50,000. Maka ramailah jemaah yang menghulurkan sumbangan bagi tujuan tersebut dan difahamkan wang tabung masjid kini telah melebihi RM60,000 sebenarnya. Namun, sehingga ke hari ini pembinaan bumbung baru itu ditangguhkan dan hanya kanopi sahaja yang diletakkan untuk menampung jemaah yang berlebihan itu. Keraguan timbul dikalangan pemberi sumbangan, malah ada yang kecewa dengan apa yang berlaku. Tambahan pula, majoriti AJK baru masjid itu kini adalah terdiri dari kalangan orang orang yang gila kuasakut . Maka itulah syak wasangka itu timbul" katanya.

Ramai juga penduduk yang tidak mengetahui kejadian itu sebenarnya. Tambahan ia berlaku ketika waktu tengahari ketika masing-masing sibuk dengan urusan seharian. Tinjauan kami juga mendapati kejadian ini amat mengejutkan sebenarnya. Apatah lagi kanopi tersebut berat dan tidak mungkin boleh terangkat tanpa ada bantuan dari sesiapa. Malah, jika dibawa 30 orang pemuda yang gagah-gagah sekali pun, mungkin tidak dapat untuk menaikkan ketiga-tiga kanopi terbabit dalam keadaan baik seperti apa yang berlaku. Apakah ini satu musibah dari Allah SWT yang mahu supaya AJK masjid berkenaan lebih berhati-hati dalam menguruskan aktiviti keagamaan di situ. Kami difahamkan, semenjak penyokong UMNO menguasai masjid itu maka banyak aktiviti agama yang telah dihalang dan dibatalkan. Malah, majlis-majlis tazkirah dan ceramah yang telah sedia ada juga telah ditiadakan, atas alasan ia menghasut. Menurut seorang jemaah lagi "Saya amat yakin, apa yang berlaku adalah untuk memberi pengajaran kepada AJK terbabit yang dilihat cuba mengawal aktiviti masjid mengikut selera mereka tanpa merujuk kepada kehendak agama Islam itu sendiri. Menyekat dan menghalang majlis agama diadakan jelas sekali merupakan satu perbuatan zalim dan khianat. Alasan yang diberikan ialah penceramah berpolitik, sedangkan apa yang disampaikan itu berlandaskan Al-Quran dan Hadis. Jika beginilah keadaannya maka saya yakin banyak lagi kejadian pelik akan berlaku di masjid itu selepas ini" katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan