SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Khamis, 7 Februari 2013

Panas !! Macam Letrik Tebakar SAMM lapor SPRM


PUTRAJAYA 6 Feb: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penganugerahan kontrak membina Prai Power Plant kepada Samsung Engineering & Construction.
Dalam pertemuan bersama Penolong Penguasa SPRM, Noraida Ariffin selama dua jam itu, Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard merakamkan kenyataan dan menyerahkan laporan 20 muka surat yang mengandungi dokumen berkaitan termasuk beberapa keping gambar.
Bukti gambar tersebut turut merakamkan pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, anaknya, Nazifuddin dan Presiden Samsung di Korea Selatan dalam usaha melobi projek berkenaan.
“Saya yakin SPRM kini ada bahan bukti yang cukup untuk meneliti kes tersebut,” kata Chegu Bard selepas membuat laporan.
projek
Ketua Cabang KEADILAN Rembau itu sebelum ini mendedahkan, Samsung Engineering dianugerah projek bernilai RM2.47 bilion oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang dibina di Pulau Pinang sekalipun syarikat asing itu tiada dalam senarai pendek sebagai pembida.

“Persoalannya, kenapa Samsung? Barisan Nasional khianat kroni sendiri. Tindakan itu memberi impak besar kepada aliran keluar wang negara,” katanya.
“Membiarkan projek bernilai tinggi hanya dimonopoli tanpa perkongsian syarikat tempatan adalah pengkhianatan kepada ekonomi negara,” tegasnya.
“SAMM bagi pihak rakyat Malaysia yang menggunakan elektrik dan membayar tarif yang mahal serta semakin meningkat saban masa mendesak agar TNB menjelaskan berhubung isu ini,” kata Chegu Bard.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan