Kerajaan Negeri Selangor kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang telah menolak permohonan untuk mengenepikan saman berkenaan pemberian subsidi air percuma dan telah mengarahkan peguam untuk memfailkan notis rayuan.
Kami yakin Mahkamah Rayuan akan membetulkan keputusan itu dan berpendapat saman yang difailkan oleh 711 orang yang diwakili oleh peguam Umno, Kamaruddin Ahmad, hanyalah bertujuan untuk memperlekehkan usaha kerajaan negeri memberi air percuma 20 meter padu di setiap rumah.
Keputusan Mahkamah Tinggi itu bukanlah bermakna kemenangan kepada mereka yang memfailkan saman itu tetapi mahkamah sekadar memutuskan kes tersebut hendaklah dibicarakan sepenuhnya.
Justeru, kenyataan-kenyataan UMNO bahawa mereka telah menang dalam kes ini adalah silap fakta dan sengaja mahu mengelirukan rakyat.
Kerajaan Selangor kesal dengan tindakan UMNO yang menggunakan masa yang mengunakan masa mahkamah serta wang rakyat apabila menasihatkan kumpulan ini memfailkan saman tersebut.
Sedangkan jika kumpulan ini benar-benar mahu mendapatkan kebaikan daripada pemberian air percuma mereka hanya perlu memgisi borang permohonan bagi menukar meter pukal kepada meter individu.
Perlu diingatkan bahawa Kerajaan Selangor telah berusaha sedaya upaya untuk memastikan proses migrasi meter ini disegerakan namun kelewatan berlaku di pihak Syabas.
Kita telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas Permudah Migrasi Meter Individu atau Permai yang bekerja keras sejak Jun 2012 untuk menggalakkan perumahan bertingkat melakukan migrasi meter yang melibatkan 97 kawasan dan 76 daripadanya memenuhi syarat untuk melakukan penukaran meter pukal kepada individu.
Malangnya, Syabas terlalu lambat untuk melakukan proses migrasi meter di 76 kawasan ini. Keadaan ini berlanjutan walaupun kita sudah beberapa mengingatkan Syabas supaya mempercepatkan proses ini.
Bagi apartment kos rendah, kita telah lancarkan program Lapor dan Dapat pada Jun 2010. Di bawah program ini, pihak pengurusan apartment kos rendah ini hanya perlu mendaftar dengan Suruhanjaya Bangunan untuk layak menerima air percuma.
Bagaimanapun, terdapat 8 apartment kos rendah yang masih tidak mendaftar dengan COB walaupun telah beberapa kali diingatkan oleh PERMAI supaya berbuat demikian.
Sepatutnya UMNO tidak menggunakan kumpulan tersebut untuk kepentingan politik sebaliknya mendesak SYABAS supaya mempercepatkan proses migrasi meter kepada meter individu.
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Menteri Besar Selangor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan