SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Jumaat, 22 Mac 2013

Lajim Ukin: Saya Mungkin Bertanding Atas Tiket PAS


PETALING JAYA: Ahli parlimen Beufort, Datuk Seri Lajim Ukin (gambar) tidak menolak kemungkinan beliau bertanding menggunakan tiket parti PAS dalam usaha mempertahankan kerusi yang disandangnya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.
Lajim_Ukin2"Saya akan bertanding...saya akan menggunakan salah satu parti di dalam Pakatan Rakyat, sama ada PAS atau PKR.

"Mustahil saya bertanding di bawah DAP kerana kawasan saya kawasan Melayu Islam," kata beliau ketika ditemui Malaysian Digestbaru-baru ini.

"Kita sudah bincang tetapi biarlah pimpinan Pakatan yang menentukan untuk saya menggunakan lambang apa dan sebagainya," katanya.

Kata beliau, Sabah ketika ini bukan lagi simpanan tetap Barisan Nasional (BN) dan ianya dapat dilihat apabila puluhan ribu orang hadir setiap kali menyambut kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, rakyat Sabah juga telah faham mengenai perjuangan Pakatan di mana ketakutan rakyat Sabah suatu ketika dulu adalah mengenai kepimpinan Anwar sendiri yang dipertikaikan oleh BN dan dakwaan salah laku serta peribadi beliau.

"Nampaknya kebangkitan rakyat sudah pun meningkat...setelah kita buat kajian secara terperinci, apa yg dilalui oleh Anwar itu adalah satu konspirasi oleh Umno.

"Kenapa dakwaan liwat sahaja yg boleh dikenakan kepada Anwar? Tidak ada dakwaan lain seperti rasuah dan kes-kes lain.

"Jadi ini adalah merupakan satu yang agak ganjil pada pendapat kita," jelas beliau.

Tambah Lajim, jika pemimpin PAS yang majoritinya adalah ulama tidak mengesyaki sesuatu mengenai Anwar, mengapa kita sebagai rakyat harus mendengar mitos Umno yang telah mengeluarkan pelbagai skandal.

"Nampaknya rakyat memahami semua ini di mana ini adalah konspirasi politik yang ingin menjatuhkn imej dan karier politik Anwar," kata beliau.

Selain itu, Lajim turut menyifatkan krisis pencerobohan di Lahad Datu sebagai satu kelebihan kepada Pakatan kerana ianya jelas menunjukkan kerajaan yang sedia ada gagal menjaga keselamatan dan perairan negara.

"Tentera polis dan pihak keselamatan cukup siap siaga dengan senjata yang canggih dan mempunyai radar yang mampu mengesan musuh atau apa-apa perkara yang diragui dalam 100 kilometer.

"Mereka membawa senapang, sudah tentu ianya boleh dikesan oleh radar," tegas beliau.

Beliau turut mengulangi gesaan Pakatan supaya mengadakan sidang khas Parlimen sebelum dibubarkan dan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk membuktikan siapa dalang yang terlibat dalam krisis itu.

"Isu ini tidak boleh dipolitikkan kerana ini adalah isu keamanan dan keselamatan. Kita tidak mahu walau seinci tanah di Sabah itu diambil orang lain," kata beliau.


- mD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan