SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Sabtu, 23 Mac 2013

Siri Jelajah Merdeka Rakyat


Meneruskan siri jelajah Merdeka Rakyat, kali ini Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ceramahnya  di Parlimen Tanjung Malim dan Parlimen Selayang.
Ceramah Anwar Bagi ceramah pertama, Anwar akan menyampaikan pidatonya bertempat di Lot 466, Kg Batu 8, Behrang Ulu, Tanjong Malim, Perak. Ceramah itu dijadualkan bermula jam 9 malam hingga 12 tengah malam.
Manakala bagi ceramah kedua yang dihadiri Ketua Pembangkang itu, akan diadakan di Puteri Central Park, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor, bermula jam 9 malam hingga 12 tengah malam.
Antara barisan penceramah pada malam itu terdiri daripada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Perak, Dr Mohd Nur Manuty, Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Kor Ham, Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Mustafa Kamil Ayub.
Menariknya ceramah pada malam itu akan diserikan dengan kehadiran bekas pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang akan menyampaikan ceramah iaitu  Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid, Brig. Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad, Brig. Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khattab, Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid dan  Mejar (B) Kamal Badri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan