
TASEK GELUGOR: Mantan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Seri Shariff Omar mengakui pengumuman muka baru sebagai calon Pilihanraya Umum ke-13 oleh Umno Pulau Pinang semalam boleh membawa kekalahan dan kehancuran Barisan Nasional (BN).
Beliau yang berbaju 'T' belang berseluar hitam ketika berucap di hadapan ribuan penyokong di pekarangan kediamanya di Pokok Machang, di sini malam tadi kelihatan kecewa.
Ini kerana beliau tidak disenaraikan sebagai calon BN menggantikan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang digugurkan sebaliknya memberikan mandat kepada Ketua Bahagian Tasek Gelugor, Shabudin Yahya, yang pernah mengalahnya ketika pemilihan Umno beberapa tahun lalu.
Shariff yang juga mantan Timbalan Menteri Pertanian menegaskan, kerusi tersebut sepatutnya menjadi miliknya semula setelah dipinjamkan atas saranan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa menamakan Nor Mohamed Yakcop sebagai calon pada Pilihan raya Umum ke-12 lalu.
"Kenapa janji tidak ditepati macam slogan BN. Nampak gayanya dah jadi capati. Apa kata kali ni kita koyak BN yang sengaja memilih individu yang tidak bekerja sebagai calon,” ujarnya.
"Keputusan yang diambil nanti bukan keputusan sendiri tapi atas sokongan hadirin malam ini. Kami akan pastikan calon BN tewas," tambahnya.
Begitulah ucapan orang yang kecewa
Sebenarnya ucapan kecewa itu akan membawa
satu keuntungan besar kepada dirinya.
Ahli diajak duduk dibelakang sebagai penyokong
tapi bila mendapat keuntungan ahli-ahli ditinggalkan
Beginilah nasib ahli-ahli Umno di Malaysia ini.
Teringat aku akan peristiwa serupa
yang telah meimpa bekas ketua Bahagian kami,
yang telah dijanjikan tempat oleh TPM (bukan Anwar)
Tiba-tiba bila pengumuman nama calon,nama sipulan tu tecicir
apa lagi jadi gegak gempitalah bahagian kami itu
Ahli dijadikan umpan mengatakan dia mendapat sokongan akar umbi
dia kata kami akan boikot pilihan raya kali ini dan sedia
menghancurkan calon BN yang dicadang kan oleh
pucuk pimpinan. Kami jadi alat sahaja.....
Selepas beberapa hari ketua bahagian yang marah
dapat pangilan dari TPM, dan ditawarkan sesuatu
dia pun tidak lagi mengamok-ngamok (macam budak)
yang sedang marah lepas diberi gula-gula dia lupa kemarahan
dan sangop buat kerja apapun yang disuruh.
P/S: Begitulah untung nya orang Umno/BN merajuk
Merajuk ada maunya (rajuk membawa untung)
sedangkan ahli-ahlinya akan ditinggalkan
dalam keadaan terkapai-kapai
kosong poket.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan