Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sepanjang kempen pilihan raya yang mengeluarkan kenyataan berbeza-beza mengikut masa dan kumpulan masyarakat menunjukkan beliau tidak ubah seperti sesumpah politik.
Najib bukan sahaja tiada dasar jelas tentang pembangunan rakyat terutama golongan pekerja tetapi hanya mengutamakan kenyataan popular politik.
Di ambang sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei minggu hadapan, Najib masih tiada dasar menyeluruh yang jelas untuk menyelesaikan isu-isu dan masalah yang dihadapi oleh lebih 7 juta pekerja seluruh negara.
Contohnya dalam isu dasar kekurangan tenaga pekerja, beliau hanya mengambil penyelesaian mudah dengan mengambil tenaga pekerja asing sedangkan apa yang perlu adalah dasar untuk meningkatkan produktiviti pekerja.
Begitu juga dasar gaji minima RM900 yang dicanangkan oleh Barisan Nasional yang sehingga kini belum dilaksanakan. Tambahan pula Presiden MCA Chua Soi Lek membantah cadangan tersebut kononnya akan memberi kesan kepada para majikan. Nampaknya Barisan Nasional tidak serius dan tidak faham tentang dasar gaji minima ini.
Sebaliknya Pakatan Rakyat menjawab kegagalan itu di dalam manifesto untuk menawan Putrajaya menerusi dasar jelasyang imana kita menjanjikan tabung RM2 bilion untuk melaksanakan dasar gaji minima RM1,100.
Di Selangor, Pakatan Rakyat menyediakan bantuan untuk anak-anak syarikat melaksanakan dasar gaji minima RM1,500 sebulan untuk mengeluarkan pekerja daripada kemiskinan.
Tan Sri Khalid Ibrahim
Pengerusi Pakatan Rakyat Selangor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan