SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Sabtu, 13 April 2013

Pemimpin Dan Ahli Umno Pekan Bacul, Buang Bendera Parti Lawan.


PEKAN 13 APRIL: Umno Pekan perlu bertanggungjawab di atas tindakan membuang bendera KEADILAN yang digantung di Simpang Paloh Hinai, Felda Chini dan Felda Chini Timur.
Bendera KEADILAN dilihat masih tergantung.
Bendera KEADILAN dilihat masih tergantung sebelum kejadian.
Calon KEADILAN bagi Parlimen itu, Fariz Musa menyifatkan perlakuan tidak berakhlak tersebut bukti Umno semakin terdesak dan hilang sikap profesional.
“Selaku Ketua Umno Bahagian Pekan, Datuk Seri Najib Razak dan Umno Bahagian Pekan wajib bertanggungjawab terhadap tindakan tidak bermoral itu.
“Sebagai parti yang bertanding di P85 Pekan, menjadi kewajaran kepada jentera kami menjalankan kempen dengan memasang bendera di lokasi strategik.
“Malangnya tindakan tidak demokratik penyokong Umno itu mengakibatkan kerugian kerana bendera tersebut dibeli,” kata Fariz pada kenyataan.
Bendera yang digantung lesap 'dicuri' penyokong BN. Beliau membuat laporan polis dan berharap pihak berkuasa menjalankan siasatan telus.
“Polis perlu mengambil tindakan tanpa dwi-standard dan inisiatif lain agar tindakan ‘sebodoh’ itu dapat dihentikan oleh penyokong Umno yang dilihat semakin tertekan terhadap kekuatan KEADILAN dan Pakatan Rakyat menjelang PRU 13,” kata Fariz. – NS“Jika Najib gagal 
mengawal ahli dan penyokong Umno Bahagian daripada tindakan sebegitu, maka wajarlah beliau menarik diri daripada menjadi calon Pekan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan