Sekumpulan pelajar perempuan di sebuah sekolah di Indonesia
telah dibuang sekolah serta merta selepas video mempersendakan solat
yang direkod oleh mereka telah diketahui oleh pihak sekolah.
Melalui video yang berdurasi selama 5 minit 34 saat itu,
mereka dilihat mempermainkan langkah-langkah dalam bersolat dengan
diselang-seli dengan lagu dendangan Maroon 5, One More Night.
Video terbabit dipercayai dirakamkan pada 9 Mac
namun hanya diketahui oleh pihak sekolah mereka pada 30 Mac
yang lalu sekali gus memaksa pengetua mereka mengambil
tindakan drastik membuang pelajar-pelajar
tersebut dari sekolah terbabit.
Lanjut di sini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan