Aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim dijangka didakwa esok bawah
Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.
Menurut peguamnya, N Surendran, perkara itu disahkan oleh pegawai
penyiasat hari ini.
Adam, 24, kini disiasat kerana ucapannya pada satu
forum pada 13 Mei lalu.
Beliau menggesa orang ramai ke jalan raya bagi memprotes
penipuan dalam pilihan raya umum lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan