SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Ahad, 26 Mei 2013

Anwar salahkan BN sebagai punca perjanjian damai dengan Najib berkecai

Datuk Seri Anwar berucap semasa Kongres ke-9 PKR, 25 Mei 2013. — Gambar oleh Saw Siow Feng
PETALING JAYA, 25 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menuduh Barisan Nasional (BN) melanggar beberapa syarat semasa perjanjian damai pada April lalu dimana naib presiden Indonesia Jusuf Kalla menjadi orang tengah antara beliau dengan Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) tersebut berhujah dalam menghormati perjanjian itu yang mensyaratkan kedua-dua pihak menerima sebarang keputusan pada Pilihan Raya 2013, terdapat beberapa syarat awal yang mesti dipenuhi terlebih dahulu.

“Terdapat beberapa parameter yang dipersetujui. Pertama, etika dalam mengendalikan kempen dan cara hal ehwal media dikendalikan oleh kerajaan supaya tidak dipergunakan untuk menyerang pembangkang... ini tidak berlaku.”

“Syarat kedua pilihan raya yang adil dan bebas termasuk akses kepada media, seperti dituntut Bersih, tapi tidak dipenuhi,” kata ketua umum PKR tersebut kepada wartawan sebaik berakhir Kongres Nasional Ke-9 disini, serta mendakwa penipuan pilihan raya telah terbukti.

“Dan ketiga, adalah kebergantungan semasa menerima syarat itu, pendirian kami adalah menerima keputusan tersebut,” tambah bekas timbalan perdana menteri lagi.

Kenyataan Anwar tersebut hadir selepas laporan Wall Street Journal memetik Jusuf menuduh beliau memungkiri perjanjian damai dengan membantah keputusan pilihan raya tersebut.

Akhbar antarabangsa tersebut mengeluarkan wawancara dengan ketiga-tiga pihak mengesahkan kewujudan perjanjian damai itu, serta memetik Jusuf mendakwa telah menelefon Anwar sehari selepas pilihan raya 5 Mei lalu dan menggesa ketua pembangkang tersebut menghormati komitmen tersebut dan “melihat realiti”./~TMI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan