SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Isnin, 27 Mei 2013

Apa Lagikah Yang Di Kehendaki Oleh Pihak Kerajaan Terutama SPR ? Bukti Sudah Ada Siasat Lah

KUALA LUMPUR 21 MEI: Seorang pemuda di Kuantan semalam mendedahkan, beliau boleh mengundi dua kali biarpun sebelum ini Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR) bermati-matian menyangkal dakwaan boleh mengundi lebih sekali ekoran penggunaan dakwat kekal.
Mohd Fadhli Khaharruddin, mengaku keluar mengundi dua kali kerana mahu membuktikan sistem pilihan raya menggunakan dakwat kekal masih boleh dipertikaikan.
“Saya mengundi kali pertama jam 10.30 pagi di saluran 4, peti undi Sekolah Kebangsaan Sungai Isap dan kemudian undi kali kedua pada jam 1.15 petang di lokasi yang sama,” katanya seperti dilapor Sinar Harian Online.
Kunatan
“Dengan cara mengundi sebanyak dua kali, maka saya boleh membuktikan bahawa sistem pilihan raya masih boleh dipertikaikan,” katanya lagi pada sidang media di pejabat Adun Tanjung Lumpur, Rosli Abdul Jabbar semalam yang turut dihadiri Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

Bagaimanapun, beliau mendakwa tidak buang undinya kali kedua, sebaliknya berhasrat menyimpan kertas undi SPR dan nombor saluran sebagai bukti bahawa prosedur mengundi dengan dakwat kekal lemah.
Katanya, tindakan untuk keluar mengundi kali kedua dilakukan tanpa disuruh dan dibayar mana-mana pihak sebaliknya dengan rela hati berikutan dakwat kekal di jarinya tanggal sepenuhnya apabila dibasuh selepas undi kali pertama.
Ekoran dakwat kekal yang boleh tanggal dan terlalu mudah untuk melepasi setiap petugas untuk mengundi kali kedua itu, beliau membuat satu laporan polis.
Laporan polis itu katanya dibuat supaya tindakan beliau itu tidak ditafsir sebagai mempermainkan sistem pilihan raya.
Tindakan Mohd Fadhli ini sekaligus menguatkan lagi dakwaan bahawa wujud ruang manipulasi yang mendorong kepada penipuan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) lalu.
Sementara itu, Fuziah berkata, perkara itu mungkin berlaku di lokasi undi lain.
“Sekiranya perkara seperti ini banyak berlaku, lebih baik SPR mengadakan PRU sekali lagi,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan