BERNAMA: Pengerusi DAP Karpal Singh (gambar kanan) hari ini berkata perlembagaan persekutuan perlu dipinda bagi memasuhkan Dewan Negara.
"Tiada perlu Dewan Negara. Ia adalah perbelanjaan yang tidak perlu untuk ditanggung rakyat. Tidak ada gunanya.
"Ia hanya menggalakkan orang yang telah ditolak oleh rakyat atau orang lain untuk dibawa ke Parlimen dari pintu belakang melalui Dewan Negara memandangkan dalam undang-undang Parlimen juga termasuk Dewan Negara," katanya kepada pemberita di George Town.
Beliau berkata Parlimen yang merupakan dewan perundangan yang tunggal, seperti juga kedudukannya di Singapura, merupakan yang paling sesuai demi kepentingan awam.
Karpal yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor berkata kemasukan beberapa personaliti dalam barisan Kabinet tidak sepatutnya dilakukan.
"Mana-mana ahli Kabinet yang dikatakan cukup berwibawa semestinya termasuk individu yang berintegriti dengan reputasi yang dipandang tinggi oleh masyarakat dan bahawa penilaian itu hanya boleh dibuat secara langsung melalui pilihan raya oleh rakyat dan bukan melalui pelantikan, katanya.
Kerajaan Rakyat menyokong penuh bicara minda ahli parlimen Bukit Gelugor, YB Karpal Singh. Sokongan KR berdasarkan kepada sejarah politik negara nyata membuktikan bahawa kerajaan Umno (Baru) BN khasnya telah menyalahtafsirkan fungsi Dewan Negara dan pelantikan senator.
Khalayak telah melihat bagaimana terlalu ramai individu yang ditolak oleh rakyat dalam banyak pilihan raya, kemudiannya dilantik sebagai senator. Lantikan seumpama itu seolah menghina inspirasi rakyat terbanyak kerna individu yang ditolak rakyat, dilantik juga ke parlimen melalui keistimewaan lantikan ke Dewan Negara. Lebih menjelekkan, malah menghina kewujudan Dewan Negara itu sendiri apabila Umno (Baru) BN menjadikan lantikan senator sebagai tanda terima kasih kepada individu tertentu yang menyokong parti tersebut, bukannya berdasarkan kepada kelayakan sewajarnya.
Saudara Ezam Mohd Nor adalah contoh terbaik, parasit politik yang berubah menjadi katak, dilantik menjadi senator.
Ezam Mohd Nor |
Saudara Ezam Mohd Nor adalah contoh terbaik, parasit politik yang berubah menjadi katak, dilantik menjadi senator.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan