SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Selasa, 28 Mei 2013

Presiden Anak Bersuara


Sebagai sebuah parti politik dan Gerakan Islam yang wujud agak lama(1951), PAS mengharungi liku2 perjuangan dengan penuh tenang, sabar dan matang. Apatah lagi kehadirannya ketika ini mempunyai impak yang besar dalam politik negara.

Tatkala DAP mendapat sokongan besar rakyat khususnya kaum cina dengan memenangi 38 kerusi parlimen, PAS mengalami kemerosotan, apabila hanya memperolehi 21 kerusi parlimen pada PRU 13, tersasar dari 54 parlimen target seperti di umum Pengerusi Road Map PAS Pusat, Dato' Husam Musa. Sementara menunggu laporan postmortem PAS Pusat yang diketuai Naib Presiden, Sdr Salahudin Ayub, tentu sekali muhasabah punca kekalahan teruk di sesetengah kawasan melayu seperti di kawasan luar bandar dan Felda dibincangkan dengan lapang dada.

Kehilangan Kedah dari pemerintahan PAS dan Pakatan Rakyat, kegagalan merampas semula Perak, kemerosotan kerusi Parlimen dan Dun di Kelantan, kehilangan satu2nya Dun PAS di Negeri Sembilan, Paroi, kegagalan memperolehi sekurang2nya 20 Parlimen di Sabah dan Sarawak meskipun dikatakan gelombang 'INI KALILAH' begitu luar biasa adalah sesuatu yang sangat pahit untuk ditelan.

Apapun yang kita perkatakan mengenai penipuan dalam pilihanraya, kegagalan SPR bertindak adil dan telus, kehadiran pengundi hantu dan seribu satu macam dakwaan, pada ketika ini, BN adalah pemenangnya!

Setelah PR mengadakan road tour Blackout 505 dan kemuncaknya anjuran 60 Ngo di Amcorp Mall PJ sabtu lalu, apa lagi yang mahu dilakukan selepas ini?
Sementara menantikan petisyen difailkan dalam masa terdekat, tugasan mengekalkan momentum sokongan rakyat bukan perkara mudah. Sesetengah rakyat berpendapat, inilah masanya baik BN atau PR yang mendapat mandat semula di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan melaksanakan janji2 dalam manifesto.

Notis mesyuarat agong di semua peringkat telah di keluarkan oleh Setiausaha Agong PAS. Ia saluran terbaik untuk menyemak, menilai dan melakukan koreksi terhadap kemampuan parti. Samada pemilihan secara syura atau pertandingan, lakukan dengan penuh harmoni. Jika ada calon yang lebih baik, boleh dicadang untuk menjadi pemimpin baru. Tidak perlu lobi melobi, kerana perwakilan ada pilihan tersendiri berdasarkan kriteria dan track record lalu.

Menuding jari mencari kesalahan dan kelemahan orang lain memang mudah. Tidak semudahnya akur dengan pertanggungjawaban atas bahu sendiri. Namun, bagi orang yg berjuang atas kebenaran, bangkit dari kekalahan dan mara dengan semangat baru... itulah keyakinan atas kemanisan iman!
Kalah dalam pilihanraya bukan berarti tewas dalam perjuangan. Mencontohi perjuangan para Rasul, Sahabat dan pejuang terdahulu yg jauh lebih sukar; sesungguhnya menjadi motivasi berguna.

PAS telah melalui tempoh2 pilihanraya yg panjang dan sukar. Ada waktu bersendirian dan bertahaluf. Usahakan untuk meraikan pandangan berbeza dan kritis meskipun dari kawan PR kita, blogger2 pro PR maupun lawan kita BN. Jangan rendahkan martabat kita dengan jawaban atas komen secara keterlaluan.

Bagi saya pimpinan tertinggi PR harus bertemu dlm masa terdekat untuk jernihkan suasana. Bincang halatuju parti dan buat rumusan serta tentukan keutamaannya bagi hari2 yg mendatang. Baik Dewan Pemuda PAS dan AMK, anda adalah harapan anak muda. Tidak manis guna medan yg tidak sesuai. Tangani dengan penuh bijak atas keluasan intelektual masing2. Pemimpin mesti berjiwa besar, jangan rendahkan martabat diri dengan kenyataan yg penuh emosi dan tidak menguntungkan sesiapa.

Selaku AJK PAS Pusat dan Presiden ANAK, saya memikul tanggunjawab atas kemerosotan prestasi khusus di kawasan Felda. 18 Mei lalu pimpinan ANAK mengadakan perbincangan panjang mengenai halatuju ANAK dan proses penjenamaan semula ANAK. Saya sedang merangka proses peralihan kepada pemimpin pelapis ANAK, suatu nafas baru dari pemimpin sedia ada. Akan tiba masanya, saya perlu berundur untuk memberi ruang kepada pemimpin lain yg lebih berwibawa.

ANAK mesti diperkasa seperti Ngo2 lain. Biar bagaimana sekalipun layanan rakyat kepada kita; cemuhan, fitnah, maki hamun dll, mereka adalah mad'u dan pengundi kita. Anggaplah kita yg silap, semak pendekatan, kekuatan akar umbi dan kedudukan kita di tengah masyarakat.

InshaAllah, PAS akan terus berada di persada politik negara dengan segala kemampuannya dan menyumbang untuk kepentingan masyarakat majmuk. Siapa pun yg menerajui parti khususnya selepas Muktamar November ini; keutamaannya adalah menegakkan perjuangan yg suci dan murni ini...

Daripada terus membicarakan polemik Ulama' atau profesional, yang kadangkala perdebatannya jadi kasar dan hilang adab, adalah lebih baik fokus kepada dasar perjuangan dan khidmat bakti kita untuk masyarakat. Mengaku kelemahan diri dan hormati pandangan pihak lain.

Mudah2an kita terus mantap dalam satu pasukan, harapan rakyat hari ini dan masadepan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan