SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Isnin, 24 Februari 2014

Ada PRK, Baru Sedar Hospital Uzur

SHAH ALAM: Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad hairan bila ada PRK, baru kerajaan sedar hospital di kawasan berkenaan sudah uzur.
Khalid SamadKatanya, cadangan Kerajaan Pusat mahu menggantikan bangunan Hospital Kajang berusia 125 tahun membayangkan sikap Kerajaan BN menganggap projek pembangunan kemudahan rakyat untuk memancing undi.
Katanya lagi, sekiranya Kerajaan BN memikirkan kesejahteraan rakyat, mereka sepatutnya memulakan projek ini sejak dahulu lagi sebelum bermulanya musim PRK DUN Kajang.
“Ini menyebabkan rakyat mempertikaikan keikhlasan Kerajaan Pusat kerana sebelum ini kerajaan bukan tidak tahu tetapi tak nampak perlunya adakan projek sebegitu rupa.
“Ini menunjukkan sikap kurang profesional dengan menganggap projek untuk memancing undi, bukankerana bertanggungjawab dan tugas yang perlu dilaksanakan,” kata Khalid.
Khalid turut melahirkan rasa kecewa apabila sehingga kini Kerajaan Pusat masih gagal menyiapkan projek pembinaan Hospital Shah Alam yang tertangguh beberapa kali.
“Sedangkan patutnya kalau betul-betul kerajaan buat kerja cara profesional, mereka akan buat dengan mengikut perancangan dan keperluan. Mana yang perlu disiapkan, siapkan dahulu,” kata Khalid lagi.
Semalam Menteri Kesihatan, Datuk Dr Subramaniam mencadangkan kepada Kerajaan Pusat agar bangunan lama Hospital Kajang berusia 125 tahun diganti dengan bangunan baru yang lebih moden dan selesa.
Selain itu Dr Subramaniam juga berkata Kementerian Kesihatan sudah meluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi menaik taraf kemudahan dan kelengkapan sedia ada di Hospital Kajang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan