SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Ahad, 16 Februari 2014

Asyraf Wajdi Tempelak Nazri Aziz Isu Valentine's Day

HORMATI INSTITUSI DAN AUTORITI AGAMA


Semua pihak kena hormati autoriti dan institusi yang menjaga agama seperti JAKIM dan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Tidak kira mereka yang berjawatan Menteri hinggalah kepada rakyat marhain.

Malah orang bukan Islam juga mesti hormati kedudukan Islam dalam Perlembagaan yang jelas mengisyaratkan kedudukan istimewa Islam sebagai Agama Negara.

Satu-satu fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan termasuk dalam isu sambutan Hari Valentine adalah bersifat Ijtihad Jamaa'i dan bukannya secara simplistik tapi mengambil kira keseluruhan konteks isu dan permasalah yang dibangkitkan. 

Ini selaras dengan kaedah fekah:
الحكم على الشيء فرع عن تصوره
"Berhukum atas sesuatu adalah dengan memperkirakan keseluruhan konteks dan kefahaman yang melingkarinya" (Al-Ghazali; Al-Mustashfa fi Usul al-Fiqh; Dar al-Kutub 9/11).

Kegagalan menghormati institusi dan autoriti agamalah yang menjadi punca umat menjadi celaru lantas berpolemik dan berantakan hingga turut diambil kesempatan oleh pihak berkepentingan politik untuk memperlekehkan kedudukan Islam.


Untuk makluman, Datuk Seri Nazri Aziz (Menteri yang dikatakan beragama Islam) sebelum ini secara terbuka menyatakan bahawa beliau tidak bersetuju dengan tindakan yang tidak membenarkan Hari Valentine's di sambut. 
Sila  klik

“Why can’t it be celebrated? I disagree...it is not a form of prayer,” kata Nazri

"What is wrong with Valentines’ day? People just want to express their love to one another.

“How different is it from other days, where we can do the same thing?”
 kata Nazri


Tiada ulasan:

Catat Ulasan