SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Jumaat, 21 Februari 2014

" Mana Perginya Pejuang Kalimah Allah PRO UMNO Tatkala Rakyat Bangkit Untuk Menghapuskan Kesesatan Kassim Ahmad "






Himpunan aman di depan Masjid Jamek Pengadang Baru, bersolidariti mengecam Kassim Ahmad dan penyokong sekutunya yang menghina Nabi Muhammad SAW dan juga hukum Allah. 

Ironinya dimanakah perginya Perkasa dan golongan-golongan NGO Pro Umno yang selama ini memperjuangkan Kalimah Allah. Apakah dengan memperjuangkan Kalimah Allah jihad kamu itu lengkap ?? tidak sama sekali. 

Kesesatan yang nyata berada didepan mata tetapi apa tindakan Mufti-Mufti dan golongan alim ulama yang berada dikalangan pemerintah UMNO BN. Setakat ini hanya Mufti Pahang yang mengatakan Kassim Ahmad boleh terkeluar daripada Islam dan memintanya bertaubat. Mufti bughah Harussani Zakaria pula hanya menasihati rakyat agar tidak terpengaruh dengan kesesatan Kassim Ahmad. 

Persoalannya disini mana tindakan pihak kerajaan yang kononnya memerintah ikut cara Islam??. 

Tidak sesatkah lagi Kassim Ahmad bila mengatakan kita umat Islam sekarang terlalu mendewa-dewakan Nabi Muhammad dengan syahadah kedua " Muhammadur Rasullullah ", jelas disini kerana bagi Kassim Ahmad syahadah hanyalah "LailahaillAllah" manakala "Muhammadur Rasullullah" umat Islam hari ini terlalu mendewa-dewakan. 

Tidak sesatkah lagi namanya kalau mengatakan rambut wanita adalah bukan sebahagian dari aurat??, kerana baginya menutup rambut hanya akan menimbulkan bau busuk kepada rambut wanita.

Tidak sesatkah lagi namanya kalau Kassim Ahmad menggesa Al-Quran ditafsir semula mengikut dengan keadaan semasa. Ini secara tidak langsung merendahkan martabat ulama-ulama tafsir terdahulu.

Apa tindakan NGO Pro UMNO ???, apa tindakan Najib selaku ketua Negara??? sedarlah wahai pemimpin-pemimpin pemerintah sekarang. Diamnya kamu semua terhadap kesesatan Kassim Ahmad secara tidak langsung kamu semua juga menyokong pendirian Kassim Ahmad, samalah seperti Tun Mahathir yang menyokong kenyataan Kassim Ahmad.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan