Pertukaran sekolah itu dibuat tanpa alasan kukuh.
Mohd. Izzat berkata, tindakan kementerian itu dilihat tidak profesional dalam menangani isu tersebut.
"Perjuangan SGMM adalah semata-mata demi masa depan pelajar-pelajar terutama pelajar Tingkatan 3 yang terkesan dengan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) telah disalahertikan oleh kementerian.
"Kita tidak melibatkan mana-mana parti politik dan hanya mahu dasar pendidikan negara memberi manfaat kepada para pelajar telah dianggap sebagai penentang kementerian yang akhirnya dengan sesuka hati membuat keputusan pertukaran sekolah ini," katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette.
Beliau dan seorang lagi guru yang merupakan penyokong kuat SGMM telah menerima surat pertukaran sekolah bertarikh 17 Februari lalu.
Mohd. Izzat berkata, langkah terbaru yang dibuat oleh kementerian ini tidak akan mematahkan semangat beliau dan SGMM untuk terus berjuang sehingga PBS dimansuhkan.
"Perjuangan akan tetap diteruskan kerana masa depan generasi akan datang adalah lebih penting berbanding hukuman yang diberikan mereka.
"Tindakan mereka hanya membuka pekung sendiri dan tidak lama lagi kezaliman kementerian akan terdedah juga satu demi satu," ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan