SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Isnin, 24 Februari 2014

Penjadualan Air Pastikan Bekalan Berterusan - Khalid


SHAH ALAM: Program penjadualan air di seluruh Selangor akan dilaksanakan bermula esok bagi memastikan bekalan air berterusan di negeri ini yang dibahagikan kepada dua zon.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata penjadualan air itu melibatkan tempoh selama dua hari sesuatu zon menerima bekalan air dan dua hari satu zon tiada bekalan air secara bergilir.

Katanya, penjadualan itu lebih menumpukan kepada kawasan  yang menerima kesan daripada penutupan empangan akibat pencemaran yang berlaku baru-baru ini.

 “Mulai esok, setiap pemegang meter air akan terima air secara berjadual, iaitu dua hari rumah itu akan dapat, lepas tu dua hari kemudian tidak dapat bekalan air dan begitulah seterusnya secara bergilir-gilir.

“Penjadualan air ini akan berterusan supaya air di empangan negeri ini tidak banyak digunakan dan bekalan air boleh disimpan untuk dua bunan akan datang,” kata Abdul Khalid ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kreajaan Negeri, di sini.

Abdul Khalid berkata, penjadualan itu dijangka berakhir Mac depan selepas taburan hujan konsisten dan kapasiti air di empangan negeri itu bertambah.

“Cara itu lebih baik dari tiada air. Dengan cara ini, ia dapat mengatasi masalah tekanan rendah.

“Kita akan keluarkan jadual itu mengikut zon. Kita akan memberikan tumpuan kepada kawasan yang terdapat kesan daripada penutupan empangan akibat pencemaran baru-baru ini,” katanya.

Sebelum ini, gangguan bekalan air tidak berjadual berlaku di beberapa kawasan di Hulu Langat dan Kuala Langat yang melibatkan kira-kira 27,000 rumah terputus bekalan air kerana LojiRawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi masih ditutup semenjak 28 Januari lalu disebabkan pencemaran kandungan ammonia yang tinggi di Sungai Langat.

Dalam masa yang sama, beberapa kawasan di sekitar Hulu Langat, Kuala Langat, Kuala Lumpur dan Petaling Jaya yang melibatkan kira-kira 75,000 rumah juga terputus bekalan air dan tekanan rendah sejak kebelangan ini disebabkan pertambahan permintaan air yang mendadak ekoran cuaca panas kering dan kekurangan hujan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan