SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Isnin, 10 Februari 2014

Sah Anwar Bertanding Presiden PKR Mei Ini

Anwar mengesahkan akan bertanding jawatan presiden PKR selepas khabar angin yang bertiup sejak pertengahan tahun lalu. – Gambar fail. 
Anwar mengesahkan akan bertanding jawatan presiden PKR selepas khabar angin yang bertiup sejak pertengahan tahun lalu. – Gambar fail.


 Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya mengesahkan akan bertanding jawatan presiden PKR dalam pemilihan parti itu pada Mei, sekaligus mengesahkan spekulasi selama ini.

Anwar memberikan bayangan dengan jelas beliau akan bertanding jawatan itu bagi menggantikan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang mahu berehat dan memberikan lebih tumpuan kepada cucunya berbanding politik.

"Dia mahu memberikan masa yang lebih kepada cucunya dan juga menjaga datuk," kata Anwar dalam satu wawancara bersama portal The Ant Daily.



Ketika ditanya oleh wartawan, "Apakah anda mengharapkan, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah menjadi perdana menteri?",

Anwar menjawab, biarlah anaknya itu melalui semua proses ke arah itu.

"Mengapa bebankan dia dengan semua khabar angin yang menyebabkan dia terkejut di peringkat awal," kata Anwar yang dipercayai merujuk kepada berita mengenai Nurul Izzah memfailkan tuntutan fasakh terhadap suaminya, Raja Ahmad Shahrir di Mahkamah Syariah.

Khabar angin Anwar akan mengambil alih jawatan presiden PKR mula bertiup sejak pertengahan tahun lalu, apabila Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mula mempertikaikan beliau dan keluarganya yang menguasai PKR.

Anwar merupakan ketua umum PKR, manakala isteri beliau Dr Wan Azizah adalah presiden, manakala anaknya Nurul Izzah pula adalah naib presiden. – 10 Februari, 2014. (TMI)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan