SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Ahad, 2 Mac 2014

Bila Hidup Suka Makan Kiri Kanan, Kiri Kana Tak Ambil Peduli

PETALING JAYA: People Service Organisation (PSO) dan Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) hari ini menggesa kerajaan negeri Selangor menyelasaikan masalah perumahan pekerja-pekerja estet di negeri itu dengan segera.
IMG_20140302_112219
Menurut pengerusi PSO Paul Sinnappan, setelah dua pilihan raya umum (PRU) berlalu, baik Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Rakyat (PR) gagal menunaikan janji bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh lebih 300 keluarga pekerja Estet Bukit Tagar, Estet Nigal Gardener, Estet Mary, Estet Sungai Tinggi dan kilang minyak di Bukit Tagar.

Tambah Paul, pihaknya telah berunding dengan ahli politik dari kedua-dua pihak namun sehingga kini tiada penyelesaian konkrit yang dapat dicapai bagi menyelesaikan perumahan bagi pekerja-pekerja estet ini yang ramai sudah berpindah dan tinggal di tanah lesen sementara (TOL).
“Sebelum PRU 2008, bekas Menteri Besar Selangor  Dr Khir Toyo berjanji untuk membina perumahan bagi pekerja-pekerja estet sekiranya mereka membantu BN menang dalam PRU tersebut manakala PR berjanji untuk membina rumah atau memberi lot tanah kepada mereka,” katanya.
Paul menambah, selepas PR berjaya membentuk kerajaan negeri selepas PRU 2008, bekas exco kerajaan negeri Dr Xavier Jayakumar telah berunding dengan pihak terlibat,  termasuklah berurusan dengan pemilik tanah estet iaitu Tan Sri Vincent Tan untuk menyediakan rumah bagi pekerja-pekerja estet di bawah skim perumahan Berjaya Corporation Sdn Bhd.
“Proses ini terbantut apabila PR bersiap-sedia menghadapi PRU 2013. Selepas itu, V. Ganabatirau yang menggantikan tempat Xavier memberitahu kami kertas kerja mengenai isu perumahan ini tidak wujud dan tiada pelan konkrit ditetapkan oleh kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah ini,” tambah Paul lagi.
Hantar surat
Menurut Paul, pihaknya telah menghantar surat kepada Ganabatirau pada Oktober 2013 untuk meminta kerajaan negeri untuk sama ada membina rumah kos rendah bagi pekerja estet, membina rumah mesra rakyat untuk pekerja estet ataupun memberi lot tanah kepada pekerja estet untuk membina rumah sendiri.
“Namun tiada perkembangan positif yang diterima hingga hari ini,” katanya lagi.
Paul menambah PSO dan Jerit menggesa kerajaan negeri untuk memenuhi janji-janji mereka yang dibuat sebelum PRU 2008 dan 2013 untuk membina rumah mampu milik bagi pekerja estet ataupun memberikan tanah kepada mereka untuk membina rumah sendiri.
“Kerajaan negeri juga seharusnya berbincang segera dengan pekerja estet dan Berjaya Coroporation Sdn Bhd untuk mencari penyelasaian mengenai isu ini,” katanya lagi.
Di amping itu, Paul juga menggesa kerajaan negeri untuk memberikan statistik orang gelandangan di Selangor terutamanya yang berbangsa India dan apakah pelan yang dirancang untuk membina rumah bagi golongan msikin dan yang memerlukan.
“Kerajaan negeri juga harus memberikan makliumat, dari segi jumlah kewangan yang disalurkan dan berapa baki yang masih tinggal, mengenai semua projek sosio ekonomi kerajaan negeri bagi membantu golongan yang memerlukan terutamanya untuk bangsa India,” katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan