SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Jumaat, 7 Mac 2014

Liwat II: Mahkamah tolak usul panggil semula saksi

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan di sini membenarkan bantahan yang dikemukakan pihak pendakwaan terhadap usul yang dikemukakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memanggil semula bekas pegawai penyiasat, Jude Bilacious Pereira sebagai saksi utama dalam rayuan kes liwat.

Panel lima hakim yang dipengerusikan Tan Sri Suryadi Halim Omar sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bagi pihak pendakwaan dan Karpal Singh yang mewakili Anwar.

Korum itu turut dianggotai Tan Sri Ahmad Maarop; Datuk Hasan Lah; Datuk Abu Samah Nordin dan Datuk Ramli Ali.

Ketika mengumukan keputusan it Suryadi berkata, Hakim Mahkamah Rayuan tidak terkhilaf dari segi undang-undang ketika menolak permohonan untuk memanggil Jude sebagai saksi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan