SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Ahad, 9 Mac 2014

Satu lagi detik hitam dalam kehakiman negara- MB Selangor

Khalid-Ibrahim
SHAH ALAM : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai  detik hitam dalam sistem kehakiman negara.

Ia ekoran keputusan panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Balia Yusof Wahi  menerima rayuan pendakwaan dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atas Anwar atas sabitan liwat.

“Hari ini mencatat satu lagi titik hitam kepada sistem kehakiman negara.

“Detik hitam ini tanpa kita disedari telah mencambah rasa prejudis pendokong dan penyokong KEADILAN khasnya dan Pakatan Rakyat amnya, terhadap kerajaan Barisan Nasional.

“Penindasan dan pendakwaan yang bersifat ‘mala fide’ ini terus menyukarkan keadaan dan mengusutkan lagi ruang kematangan berpolitik,” ujarnya dalam kenyataan media.

Khalid berkata, keputusan memenjarakan ketua pembangkang itu turut menyukarkan laluan untuk rekonsiliasi nasional yang dicanang perdana menteri.

“Sebaik hukuman ini dibacakan, semangat Rekonsiliasi Nasional yang dicanang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak langsung lebur dan tenggelam bersama arus hipokrasi.

“Ternyata semangat palsu ini gagal diterjemahkan dengan jujur sungguhpun Ketua Pembangkang telah menyahutnya dengan agenda Konsensus Nasional,” ujarnya.

Justeru beliau menggesa Anwar dibebaskan daripada semua pendakwaan bersifat serangan peribadi dan politik kotor,  sebaliknya menumpukan fokus kepada agenda pembangunan negara.

Dalam pada itu, Khalid turut meminta rakyat khususnya penyokong Pakatan Rakyat bertenang dan tidak terburu-buru dalam mengambil sebarang tindakan.

“Konspirasi terancang ini harus diteliti dan ditangani secara bijak dan praktikal,” ujarnya.

Seorang gugur, seribu akan bangkit tumbangkan UMNO-BN

WIRA1232

SHAH ALAM, : Timbalan Pengerusi DAP, Tan Kok Wai hari ini mengecam tindakan jahat UMNO-BN memperalat institusi kehakiman untuk mengheret Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke penjara sekali lagi.

Beliau berkata, tindakan itu sememangnya telah dirancang kerana takutkan prestasi PR dan mahu membantutkan usaha ke arah perubahan.

“Semalam, kerana tamak kuasa, sejarah lama berulang kembali apabila bakal Perdana Menteri PR, Anwar sekali dihukum penjara selama 5 tahun.

“Isnin ini, berkemungkinan Pengerusi DAP, Karpal Singh pula akan dikenakan hukuman. Ini semua adalah agenda hanya kerana mahu terus merompak harta negara.

“Namun mereka perlu ingat satu perkara iaitu seorang rakyat gugur, beribu akan bangun dan bangkit tumbangkan mereka, bila-bila masa saja,” katanya dalam ucapan perasmian Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke 5 di Setia Alam Convention Centre, Shah Alam.

Ahli Parlimen Cheras itu turut menegaskan, pimpinan PR tidak boleh leka dan lemas dengan segala ancaman UMNO-BN, tapi sentiasa bersedia serta meneruskan khidmat memberi bantuan kepada rakyat.

Tambahnya, satu lagi usaha yang perlu dilakukan PR adalah menolak sepenuhnya politik perkauman yang menjadi amalan UMNO-BN.

“Kita perlu terus menyatu dan menanam iltizam menghapuskan politik berasaskan kaum yang menjadi amalan survival politik pemerintah.

“Perkauman bukan cara kita, cara kita adalah dengan urus tadbir yang baik, tidak mengamalkan rasuah, memperjuang hak dan kepentingan rakyat. Berapa susah sekali pun, kita perlu teruskannya,” tegasnya. –Roketkini.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan