
Timbalan Pengarah Korporat, Muhamad Azli Miswan, berkata semua
restoran itu diambil tindakan berulang kali di atas kesalahan
menggunakan kawasan parkir dengan meletakkan kerusi dan meja serta gerai
makanan.
“Tindakan
itu menimbulkan masalah kesesakan lalulintas dan halangan yang menjadi
rungutan serta ketidakselesaan pengguna jalan raya dan pengunjung
lokasi.
“Restoran ini juga didapati menggunakan gerai yang melampaui jumlah
dibenarkan dalam restoran sehingga mencemar longkang awam dan menjejas
kebersihan persekitaran,” jelasnya dalam satu kenyataan.
Dua daripada restoran terletak di Taman Equine, Sri Kembangan manakala dua lagi di Puchong Jaya.
Berdasarkan rekod, dua restoran itu pernah dikenakan tindakan
penguatkuasaan selama 11 kali manakala dua lagi sebanyak enam kali pada
tahun ini sahaja.
Selain diarah tutup, pengusaha terlibat juga diminta mengemukakan
surat alasan penolakan tindakan pembatalan lesen terhadap mereka dalam
tempoh tujuh hari.
Penyerahan notis tersebut disampaikan sendiri oleh Pengarah Jabatan Pelesenan, Ismail Salim.
Tindakan diambil di bawah Undang-undang Kecil Tred Pelesenan,
Perniagaan & Perindustrian MPSJ 2007 yang sekiranya didapati
bersalah boleh menyebabkan lesen perniagaan di batalkan.
“MPSJ menggalakkn peniaga untuk menjalankan perniagaan di kawasan
Perbandaran Subang Jaya tetapi mereka perlu bertanggungjawab mematuhi
syarat lesen dan peraturan ditetapkan,” katanya.
Dalam pada itu, MPSJ mengenalpasti 19 restoran yang masih tegar melakukan pelanggaran syarat lesen.
Mereka akan dikenakan tindakan serupa sekiranya masih mengulangi kesalahan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan