SHAH ALAM 4 OKT: Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menyeru Umat Islam
menjadikan pengalaman pejuang berbangsa Afro-Amerika, Malcolm X sebagai
iktibar untuk mengekalkan keharmonian dan kemakmuran.
Mohamed Azmin dalam perutusan sempena Hari Raya Eidul Adha berkata,
demokrasi menyeluruh, kemerdekaan dan kebebasan hak asasi manusia serta
toleransi dalam masyarakat majmuk tidak mungkin diperolehi tanpa
pengorbanan.
“Justeru ibadah korban juga menuntut kita untuk memahami makna lebih
meluas tentang pengorbanan termasuk pengorbanan masa dan tenaga akliah
untuk merangka dan melaksanakan dasar Kerajaan Negeri secara efektif dan
efisien,” kata Mohamed Azmin.

Malcolm X menulis terdapat puluhan ribu manusia menunaikan haji yang
datang dari seluruh pelusuk dunia dengan kulit mereka dari semua warna,
dari yang bermata biru dan berambut perang kepada orang Afrika yang
berkulit hitam.
Tetapi mereka semuanya melakukan ibadat yang sama, menzahirkan
semangat perpaduan dan persaudaraan di mana pengalaman saya di Amerika
menyebabkan saya berpendirian tidak boleh berlaku antara manusia kulit
putih dan bukan kulit putih.
Belum pernah saya melihat persaudaraan yang jujur dan sebenar yang diamalkan bersama oleh manusia dari semua warna.
Surat ini ditulis oleh Haji Abdul Malik al – Shabaz atau lebih dikenali dengan nama Malcolm X.
Mohamed Azmin berkata pengorbanan ini membuka ruang seluasnya untuk merealisasikan Negeri Selangor sebagai Negeri Pembangunan.
“InsyaAllah, kita boleh mencapai pembangunan untuk semua,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan