SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Khamis, 9 Oktober 2014

OCPD: Pemimpin Umno hanya buat cadangan

 

Ketua Polis Sepang, Mohd Yusoff Awang mempertahankan keputusan untuk tidak menyiasat seorang pemimpin bahagian Umno atas dakwaan hasutan berhubung gesaannya supaya dimansuhkan sekolah vernakular.

Bercakap kepada Malaysiakini, beliau berkata kenyataan timbalan
ketua Umno bahagian Petaling Jaya Utara, Mohamad Azli Mohamed Saad itu tidak dibuat di khalayak "umum".

Menurutnya, ia adalah satu "cadangan" semata-mata untuk membincangkan perkara itu di perhimpunan agung Umno yang akan datang.

Oleh itu, katanya, kenyataan itu tidak mengandungi unsur-unsur hasutan dan kes itu diklasifikasikan sebagai kes sivil.

"Ini hanya satu cadangan darinya, bukan satu kenyataan umum," katanya.

Yusoff mengulas kritikan bahawa polis mengamalkan 'double standard' berhubung siasatan di bawah Akta Hasutan.

Katanya, beliau telah membuat laporan kepada pegawai atasannya dan mereka juga bersetuju bahawa ia tidak mengandungi sebarang kesalahan atau menghasut.

Oleh itu, kata Yusoff, pihaknya tidak akan membuka kertas siasatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan