SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Jumaat, 16 Januari 2015

Penjara belum tertutup buat Hisham Rais

 
 
Kelegaan Hishamuddin Rais apabila hanya didenda RM5,000 selepas disabitkan atas kesalahan menghasut mungkin tidak lama.

Ini kerana, pintu penjara masih tidak tertutup rapat buat aktivis itu ekoran pihak pendakwaan dikatakan membuat keputusan merayu terhadap hukuman dijatuhkan mahkamah.

Menulis dalam blognya petang ini, Hishamuddin berkata baru mendapat maklumat itu daripada peguamnya Syahredzan Johan berhubung perkara itu.

“Pihak pendakwa tidak puas hati atas keputusan hukuman denda RM5,000 yang dijatuhkan kepada gua (saya) pada 9 Januari 2015 yang lalu , gua dituduh jahat bawah Akta Hasutan 1948 milik baginda Queen ,” katanya.

Setelah berbincang dengan peguam, Hishamuddin berkata akan membuat rayuan balas.

“Celaka gua kena bangun pagi lagi pergi mahkamah ...,” tulis pelawak pentas dan kolumnis terkenal yang pernah hidup dalam buangan itu.

Hishamuddin pada 9 Januari lalu didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur selepas didapati bersalah memberi ucapan berbaur hasutan dalam ceramah pada 13 Mei 2013.

Hakim Azman Mustapha membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap Hishamuddin, 63, pada akhir kes pembelaan.

Mahkamah memberikan hukuman berbentuk denda dan bukan pemenjaraan kerana mengambil kira faktor usia tertuduh yang sudah lanjut melepasi usia persaraan ketika disabitkan bersalah. 
 
Sumber : Disini 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan