KUALA LUMPUR: Pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar
Zaidi Ahmad yang baru dipecat daripada berkhidmat dengan Yang di-Pertuan
Agong, ditawarkan kerja oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang,
Mohd Rashid Hasnon.

Katanya, buat masa ini beliau memberi tumpuan mencari kerja yang sesuai sama ada di Tikam Batu di Kedah atau Bertam.
“Saya perlu memberi sokongan moral kepada Zaidi dan keluarganya, kerana dia merupakan sahabat baik saya.“Dia adalah kawan rapat saya dan kini adalah masa bagi saya untuk
membantu rakan yang memerlukan. Kami sedang mempertimbangkan untuk
menawarkan Zaini bekerja dalam organisasi bukan kerajaan (NGO),” jelas
Mohd Rashid, lapor The Rakyat Post.
Katanya, kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat Pulau Pinang,
Kelantan dan Selangor perlu campur tangan untuk memberi peluang
pekerjaan kepada Mejar Zaidi yang kini menganggur. “Zaidi berpeluang menyumbang secara aktif kepada masyarakat,” katanya
sambil menambah, buat masa ini, tiada kekosongan jawatan di pejabatnya.
Mahkamah memecat Zaidi selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan
membabitkan isu dakwat kekal pada PRU13 dan menyiarkan maklumat surat
pertukaran kerjanya, dua tahun lalu.
Keputusan sebulat suara itu dibuat lima panel hakim yang diketuai
Yang Dipertua, Kolonel Saadoon Hassan, selepas mendengar keterangan
kedua-dua pihak dan membuat penilaian maksimum terhadap pertuduhan
dihadapinya.
Korum itu turut dianggotai Leftenan Kolonel Zainurin Mohd Dom, Mejar
Khuzairi Mohd Arshad, Mejar Khairul Nizam Taib dan Mejar S. Nadzeer
Salehuddin.
Ketika membuat keputusan itu, Saadoon berkata, tindakan Zaidi
mendiamkan diri, ketika dipanggil membela diri, sudah cukup untuk
menyabitkannya bersalah. Pada 27 Oktober lalu, Mejar Zaidi, 48, diarah membela diri untuk dua
pertuduhan itu, selepas mahkamah mendapati, pihak pendakwaan berjaya
membuktikan kes prima facie terhadap dua pertuduhan itu.
Sumber : Disini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan