“Laporan tersebut juga memetik sumber PDRM sebagai berkata, laporan PDRM yang diberi kepada FBI berkenaan Phua dan kumpulan kongsi gelap 14K adalah benar.“Jika sumber yang dipetik Malaysiakini itu sahih dan benar, perkara ini cukup mengejutkan dan implikasinya amatlah berat.
“Bukan sahaja kepada Datuk Seri Zahid selaku Menteri Dalam Negeri
yang menulis surat rahsia tersebut, tetapi juga kepada Datuk Seri Shafee
Abdullah yang berkata bahawa laporan PDRM mengenai Phua adalah tidak
betul,” kata Fahmi dalam kenyataan.
Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) itu juga mendesak Zahid
menjawab secara terbuka tentang pelbagai isu yang timbul akibat surat
sokongan rahsia ini bagi mengelak spekulasi rakyat.
“Masanya telah tiba untuk Zahid menjawab secara terbuka tentang
pelbagai isu yang timbul akibat “surat sokongan” rahsia ini, untuk
mengelak spekulasi dari terus bermain di fikiran rakyat Malaysia.
“Saya juga berharap Datuk Seri Najib Razak dan Kabinet yang akan
bertemu hari ini akan pastikan Zahid akan tampil dengan jawapan yang
jelas kepada isu ini.
“Pada masa sama, jika sumber PDRM yang dipetik Malaysiakini
ini sahih dan benar, Shafee juga perlu disoal mengapa apa yang beliau
sebut berlainan dari apa yang disebut sumber PDRM ini. Siapakah yang
benar dalam isu ini?” soal Fahmi lagi.
Zahid sebelum ini didakwa menulis surat rasmi kepada Timbalan
Pengarah FBI, Mark F Guiliano menafikan Phua terlibat dalam kongsi gelap
14k Triad.Zahid dalam surat bertarikh 18 Disember 2014 itu juga menyatakan Phua
membantu Malaysia dalam perkara ‘keselamatan negara’ dan berharap Phua
dapat pulang ke Malaysia.
Surat itu didedahkan dalam akhbar Hong Kong, South China Morning
Post, dikatakan dibuat atas permintaan Shafee yang juga peguam mewakili
Phua.Sebuah portal melaporkan, sejak 2008, PDRM telah mengenalpasti tiga rakyat Malaysia sebagai anggota kumpulan kongsi gelap 14K.14K Triad adalah kumpulan kongsi gelap berpangkalan di Hong Kong tetapi aktif di peringkat antarabangsa.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan