SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Jumaat, 16 Januari 2015

Surat Zahid jelas tak mahu dakwa Raja Judi

KUALA LUMPUR 14 JAN: Surat yang dihantar Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat jelas menunjukkan niatnya untuk tidak mendakwa raja judi, Paul Phu Wei Seng.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata, ia berbeza dengan kenyataan Zahid  hari ini yang menyatakan surat tersebut bukan ‘Surat sokongan’ untuk tidak mendakwa lelaki berkenaan, yang sebelum ini turut dikaitkan dengan kongsi gelap 14K Triad.

Bagaimanapun, Fahmi mempersoalkan mengapa surat tersebut dengan jelas menggunakan ayat “Kami berhasrat benar untuk beliau pulang ke Malaysia” (“we are eager for him to return to Malaysia”)?

“Melihat frasa ini di dalam konteks keseluruhan ayat tersebut, bukankah ini menunjukkan niat Datuk Seri Zahid agar Paul Phua tidak didakwa di mahkamah Amerika Syarikat?,” soalnya dalam kenyataan media.Kata Fahmi, ini merupakan kali pertama Zahid membuat kenyataan rasmi dengan mengaku menghantar surat berkenaan yang bertarikh 18 Disember 2014.Namun, ujarnya, Zahid tidak dapat memberi sebarang penjelasan berkaitan “projek-projek keselamatan negara” yang didakwa melibatkan Paul Phua.

Sehubungan itu, katanya, jawapan Zahid hari ini cukup menghampakan dan hanya memberi alasan teknikal, selain berselindung di sebalik Akta Rahsia Rasmi 1972.“Akta kukubesi ini selalu diguna pemerintah untuk tidak menjawab atau mengetepikan pelbagai isu yang mana rakyat dahagakan penjelasan, seperti tarif tol, air dan sebagainya,” tegasnya.Dalam pada itu, Fahmi menuntut penjelasan zahid sama ada Paul Phua Wei-seng merupakan seorang anggota kongsi gelap “14K” seperti dilapor sebelum ini.

Beliau juga mempersoalkan sama ada lelaki berkenaan pernah ditangkap atau didakwa atas apa-apa kesalahan di Malaysia dan sama ada Zahid sendiri telah mendapatkan nasihat daripada Peguam Negara sebelum mengeluarkan surat tersebut.

Sebelum ini, Zahid dalam surat bertarikh 18 Disember 2014 kepada FBI menyatakan Phua membantu Malaysia dalam perkara ‘keselamatan negara’ dan berharap Phua dapat pulang ke Malaysia.
Surat itu didedahkan dalam sebuah akhbar Hong Kong, South China Morning Post yang dikatakan dibuat atas permintaan Datuk Seri Shafee Abdullah yang juga peguam mewakili Phua.

Sumber : Disini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan