SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Isnin, 5 Januari 2015

Telahan Husam Musa Jadi Kenyataan - Kelantan musnah kerana balak dan lombong di bawah pemerintahan kopiah putih

Masih ingatkah anda apa kata Husam Musa apabila senarai exco Kelantan diumumkan dan sebahagian besar pegawai dalam agensi kerajaan yang menyokong husam Musa digugurkan dari jawatan?

Husam pernah memberi amaran bahawa jika balak dan lombong dijadikan milik individu Kelantan akan musnah.

Ini petikan kata-kata Husam yang disiar Sinar Harian Online

“Tetapi kalau kerajaan ini bersifat duniawi yang nak mengaut balak, lombong, Nauzubillah… Ampunkan saya kalau saya berdiri di dalam dewan untuk memperbetulkan kerajaan,”
baca teks penuh di SINI

Sebaik memenangi pilihanraya lalu kerajaan Kelantan telah menggugurkan perancangan projek lebuhraya rakyat Kelantan yang diilhamkan oleh Husam Musa. Segala perancangan cara pembayaran kepada kontraktor dibatalkan.

Kontraktor baru dipilih namun gagal juga. Entah apa jadi dengan lebuh raya itu sekarang. Khabarnya hendak menggunakan pinjaman Bank Asia...IDB ( Baca SINI )

Seboleh-bolehnya setiap perancangan Husam hendak dipadam daripada buku. Husam tidak boleh dijadikan popular kerana dia seorang profesional dan bukan golongan ulamak.

Mudah cerita ... Husam adalah penghalang pemilikan individu hasil lombong dan balak di Kelantan mengakibatkan beliau disingkir dari menganggotai exco Kelantan dengan alasan Husam tidak mendapat restu Sultan..

Selepas TGNA mengundur diri.

Mari lihat apa jadi dengan hutan Kelantan sekarang. Penggondolan hutan yang sangat besar dipercayai salah satu punca banjir besar yang melanda Kelantan baru-baru ini.

Ternyata kopiah di kepala bukan bermakna seseorang itu taat kepada Allah. Apabila habuan dunia menjadi pilihan pesan nabi bukan lagi ikutan. Bukit dan gunung tidak lagi dianggap sebagai pasak bumi yang mengukuhkan bumi seperti hadis nabi.

Ternyata kerosakan bumi adalah oleh tangan-tangan manusia yang sama sekali tidak wajar dianngap manusia. Apatah lagi hendak menganggpnya sebagi seorang islam yang berpegang teguh kepada ajaran agama menurut Al Quran dan sunnah..


Ada panas Ka ??? 
Pergi beli air batu... 
Masukkan dalam besen dan 
berendam dalam tu sejam dua. 
Dah sejuk baru keluar.... 
wakakaka!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan