BEIJING: Polis China memberkas seorang lelaki yang mengupah dua orang
penari bogel untuk membuat persembahan di majlis perkahwinan anaknya,
setelah penduduk kampung menyerbu tempat persembahan itu, menurut
laporan akhbar, semalam.
Zhang Cheng, dari Xuzhou di timur wilayah Jiangsu pada mulanya mahu mengupah sebuah kugiran membuat persembahan di majlis perkahwinan itu, tetapi telah dinasihati dia boleh mendapat ‘persembahan istimewa’ sekiranya mengupah dua orang ‘penghibur’ itu.

“Setelah
menyaksikan persembahan itu, Zhang membuat keputusan ia sesuai untuk
majlis perkahwinan anak lelakinya dan mengupah dua orang penari bogel
itu,” kata laporan akhbar Global Times.
Tidak sampai lima minit, beratus-ratus penduduk kampung yang konservatif telah menyerbu untuk menyaksikan persembahan itu.
Zhang telah ditahan keesokan harinya tetapi tidak diberitahu atas dakwaan apa. - Reuters

Tiada ulasan:
Catat Ulasan