SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Jumaat, 20 Februari 2015

Konvensyen PKR jadi himpunan untuk Anwar

 
Konvensyen PKR yang dijadualkan pada Mac depan akan ditukar menjadi Himpunan Solidariti Anwar Ibrahim.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata, himpunan itu diadakan bertujuan untuk memberi penerangan dan taklimat kepada pemimpin akar umbi parti di seluruh negara untuk melawan BN habis-habisan.

"Memang kita dah buat keputusan kita akan ubah tema konvensyen. Ia bukan hanya soal Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi ia kerana soal lain dan kita akan lawan BN habis-habisan.

"Dulu semasa konvensyen kita bincang tentang isu parti dan lain-lain tetapi saya rasa sekarang tak sesuai cakap mengenai perkara itu. Lebih baik kita buat gerak kerja untuk lawan BN. Sebab itu kita ubah tema konvensyen jadi himpunan solidariti dan guna kesempatan itu untuk beri taklimat dan penerangan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Selain itu, dalam kenyataan media yang dikeluarkannya, Rafizi berkata telah membentangkan 16 program di peringkat dalam negara dan antarabangsa sebagai gerak kerja kepada biro politik parti.

Menurut kenyataan itu lagi, pada 7 Mac depan, konvensyen dengan tema himpunan solidariti itu akan berkumpul di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) sehingga tengah hari bagi memberi tugasan dan pengarahan kepada akar umbi.

Kemudian, mereka akan bergerak ke pusat membeli-belah Sogo bagi menyertai demonstrasi #KitaLawan yang dianjurkan oleh Anggota Muda PKR (AMK) dan gabungan NGO anak muda.

"Arahan-arahan ini akan dikeluarkan ke ibu pejabat di seluruh negara dalam masa dua, tiga hari ini. Selepas ini dengan tugasan yang khusus dan sokongan yang lebih tersusun, kurangkan ber-WhatsApp dan lebihkan di luar, insya-Allah itu cara terbaik kita bebaskan DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan hancurkan Umno," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan