SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Jumaat, 6 Februari 2015

Pemuda MCA tidak letak syarat pada Ismail

 
Sebanyak 165 bahagian Pemuda MCA berpadu suara menuntut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri memohon maaf atas kenyataan yang menggesa pengguna memboikot peniaga Cina.

Kumpulan berkenaan bagaimanapun tidak meletakkan sebarang syarat dan hanya mahu Ismail membuat permohonan maaf "secepat mungkin".

Ditanya mengenai langkah seterusnya jika Ismail tidak memenuhi tuntutan itu, kumpulan itu berkata mereka tidak mahu membuat sebarang “andaian”.

Kalangan pemimpin bahagian Pemuda MCA itu juga menganggap MP Bera itu tidak layak menjadi  anggota kabinet.

Satu kenyataan ketua pergerakan itu, Chong Sin Woon menyebut, Pemuda MCA berpendapat bahawa Ismail tidak layak menjadi menteri kabinet.

"Kami menyokong pendirian Chong sebagai pendirian MCA, dan kami angota Pemuda MCA, berdiri teguh dengannya dalam isu ini.

"Kami menggesa Ismail untuk menarik balik kenyataannya dan memohon maaf secara terbuka sebalikya tindakan beliau terus mempertahan teori yang tak logik itu, menambahkan lagi garam ke atas luka yang berdarah," katanya dalam kenyataan yang dibacakan Setiausaha Agung Pemuda MCA Leong Kim Soon.

Susulan penjelasan Ismail kepada Kabinet semalam, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan penjelasan bahawa kenyataan kontroversi menteri tersebut di dalam Facebook merujuk kepada semua peniaga dan tidak hanya kepada kaum Cina.

Ismail juga enggan memohon maaf dan menganggap kritikan ke atas kenyataannya itu bersifat remeh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan