KUALA LUMPUR 8 FEBRUARI : Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat
hari ini bersetuju untuk menumpukan tindakan bagi mengatasi masalah
perkauman dan ekonomi yang meruncing di negara ini.
Naib
Presiden KEADILAN, Tian Chua yang dihubungi selesai mesyuarat di
ibupejabat PAS memberitahu dua masalah ini menjadi topik perbincangan
dan sangat memerlukan komitmen ahli gabungan dalam Pakatan Rakyat untuk
mengatasinya.
Menyifatkan mesyuarat hari ini sebagai berjaya dalam suasana
musyawarah dan Pakatan Rakyat kembali bersetuju untuk kembali kepada
landasan mesyuarat dan dasar bersama yang dipersetujui sebelum ini dalam
memperjuangkan hak dan agenda rakyat.
Turut dipersetujui dalam mesyuarat tadi ialah mengesa kerajaan
mengadakan perjumpaan dengan parti pembangkang dan pertubuhan bukan
kerajaan(NGO) bagi membincangkan masalsh yang dibangkitkan diatas.
“Sudah tiba masanya, BN, PR dan NGO berlapang dada untuk bertemu bagi
membincangkan isu-isu yang melibatakan kepentingan rakyat seperti
kemelut ekonomi yang meruncing dan masalah perkauman yang makin
melebar,” katanya.
Tian juga memaklumkan, PR juga tetap menyatakan sokongan tidak
berbelah bahagi kepada Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim yang
berdepan dengan hukuman zalim dalam kes fitnah 2 selasa ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan