SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Jumaat, 6 Ogos 2010

BILA RAMADHAN DATANG

Aku bersyukur kehadrat yang maha esa kerana dengan keizinannya dapat juga aku berjumpa sekali lagi pada tahun ini dengan (Ramadhan Al Mubarak) penghulu segala bulan yang sentiasa di nanti-natikan oleh setiap muslim di seluruh dunia.

Biasanya pada bulan ini orang yang paling gembira ialah orang yang benar-benar ingin mencari keredaan dari sang pencipta nya. Kerana pada bulan ini semua kebaikan akan di balas dengan berlipat kaliganda berbanding dengan bulan-bulan yang lain.Semua ingin megaut seberapa banyak yang boleh pahala yang ditawarkan oleh Allah kepada hambanya,Pada bulan ini juga adanya satu malam yang paling mulia dari seribu bulan ia itu malam lailatul qadar malam yang ditunggu-tunggu oleh orang yang mengatahui kabaikan malam itu.

Ada lagi satu gulungan orang yang sangat menunggu kehadiran bulan Ramadhan, ia itu golongan peniaga bermusim kerana pada mereka pada bulan ini semua menjadi wang, apa sahaja yang dijual akan mendatangkan hasil.Sekarang dah mula mengosok-gosok mesin tebu yang dah sebelas bulan tak sentuh,kuali roti john,kuali murtabak,dapur ikan bakar dan sebagainya lagi. Paling pasti kerja sebulan untuk untung setahun.

Pada masa ini lah juga setan bermaharajalela menghasud manusia yang kurang imannya supaya menjadi saudaranya, kenapa tidak? setan akan mengajak manusia ini untuk berbelanja hingga membazir..........bukan kah membazir itu saudara setan?

Dari itu berhemahlah dalam berbelanja jangan sampai menjadi saudara kepada setan laknatullah itu ......

1 ulasan: