SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Ahad, 8 Ogos 2010

ANAK MUDA ISLAM SEJATI

Asalammualaikum,

Tadi siang semasa aku dalam perjalanan balik kampong, aku telah melalui berpuluh buah masjid dan surau yang dibena tak jauh ditepi jalan sepanjang jalan kekampong ku. Aku lihat orang ramai bergotong royong membersih luar dalam serta mengemaskan kawasan dan menghias masjid dan surau supaya nampak bersih dan indah.

Aku lihat ramai juga anak-anak muda yang turut serta dalam majlis tersebut, tahniah aku ucapkan kepada nak muda yang menghadirkan diri pada majlis gotong royong seperti itu. Kerana masa hadapan masjid dan surau terletak dibahu anda semua.Dalam kebanyakan anak muda masih diulit mimpi menyambung tidur kerana hari ini adalah hari minggu anda semua telah bertungkus lumus bekerja demi agama yang mulia. Pada saya anda semua telah berjaya menghayati islam dan rukun iman dengan baik.Dimana kebersihan adalah tuntutan islam dan disukai oleh allah.Alangkah baiknya kalau semua anak muda seperti anda!.Saya berharap semoga anda semua dapat menarik lebih ramai lagi anak muda mengikut jejak langkah seperti anda semua menjadi pemakmur masjid dan surau di masa akan datang.

Saya faham bukan mudah untuk mengajak anak muda datang bergotong royong kemasjid, tetapi tidak susah untuk mengajak anak muda menghadiri konsert dan datang memeriahkan sure heboh atau apa jua yang berbentuk hiburan.kerana disitu lah dunia mereka....

Oleh itu renungkan lah wahai naka-anak muda yang budiman lagi bijaksana di manakah anda meletakkan islam?? Akhir kalam sekali lagi saya mengucapkan syabas kepada anak-anak muda yang sudi menjadi pemakmur masjid dan surau terutama pada ramadhan ini.Semoga allah merahmati anda semua amennnnnn.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan