SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Isnin, 9 Ogos 2010

PENIAGA TAK BERAPA NAK HALAL

Asalammualaikum,
Beberapa hari yang lalu saya ada menulis berkenaan dengan peniaga-peniaga setahun sekali, kali ini saya cuba menulis pula berkenaan dengan peniaga yang tak berapa nak halal, sebab ada yang menjual barangan seludup dan haram disisi undang -undang negara.

Bila saya sebut sahaja barangan haram disisi undang-undang negara, terus kita terbayang akan mercun dan bungga api yang diimpot dari negara Cina atau Siam ( Thai ). Sebenarnya bukan dua barangan tu sahaja yang di seludup dan dijual kenegara kita ni ada juga barangan aksoseri2 dan pakaian2 seperti jean, bag tangan berjenama,kasut, cermin mata dan sebagainya lagi yang berjenama terkenal,mereka menjualnya dengan harga cuma 1/4 dari harga sebenar (ori).Contoh lives 501 butang dikedai harga RM 300 ++ sedangkan mereka menjual dengan harga cuma RM60.00 hingga RM100.00 sahaja.Banyak lagilah tak tesenarai oleh saya kalau nak disenaraikan barang-barang tiruan yang ada dipasar-pasar ramadhan sekarang ini.Begitu juga dengan barangan yang lain nya mereka jual dengan harga mampu beli orang yang berpendapatan sederhana.Dari segi kualiti pula sekali pandang tak jauh beza dengan yang ori,orang ramai bukan tahu itu beli dimana. Nak larang orang pakai pun tak patut juga sebab ia murah,sesiapa pun mampu memilikinya.

Apa pun mereka sama-sama beraya dengan bergaya, peniaga berduit banyak pembeli pula berpakaian baru. (tiruan bukan persoalan lagi)yang penting baru. Orang yang paling rugi sekali ialah pembeli mercun dan bungapi kerana mereka hanya membakar duit semata-mata.Bila mercun atau bungapi dah dibakar ia tak boleh dibakar lagi untuk kali keduanya, malainkan beli lagi yang baru dan begitulah seterusnya sampai melingkup. Dari itu wahai peminat-peminat bungapi jangan lah membazir (boros) kerana itu adalah saudara setan.Fikir-fikir kan lah selamat beramal.

1 ulasan: