SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Isnin, 7 Februari 2011

Salam,
Dah terlalu lama aku tak tulis dalam blog aku ni. Entah kenapa malam ni timbul pula minat aku nak menulis selepas baca surat khabar siang tadi.Aku cuma ingin berkongsi tentang anak-anak bangsa yang sedang menuntut ilmu di negara orang nun jauh disana tu.Risau juga aku mendengar nya walau pun anak aku tak terlibat tapi aku sebagai rakyat Malaysia perasan risau tu mesti ada, apakan daya aku cuma orang biasa yang tak bisa apa-apa selain berdoa kepada yang Maha Esa semoga anak-anak bangsa ku itu dalam peliharaan nya.

Pada mula nya aku tertanya-tanya kenapa pihak kerajaan tak membawa mereka pulang atau pun tiada orang besar yang pergi untuk membantu mereka disana? Syukur lah PM telah mengumumkan akan membawa mereka semua pulang ketanah air, biar pun pengumuman itu bagi saya agak lambat tapi itu lebih baik daripada tidak.......................

PM ada juga menepis dakwaan kononya kerajaan tak ada duit untuk menjemput mereka pulang,
Dakwaan itu terlalu kasar bunyinya. Tapi bila saya amat-amati kenyataan PM itu saya fikir ada juga betulnya yang kerajaan tak ada duit. Cuba kita fikir kerajaan Malaysia sedia membawa mereka pulang ketanah air setelah berbincang dengan pehak MAS,AIRASIA,dan LTH. Seolah-olah kerajaan terpaksa meminta bantuan ((meminta sedekah) itu kasar bunyinya) daripada mereka. Itu pun mujurlah mereka sudi membantu tetapi tak tahu lah apa perjanjian antara mereka,asal jangan dikenekan caj kemudian kepada anak-anak tu dah la.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan