SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Ahad, 13 Februari 2011

MEMILIH PERWAKILAN KOSWIP KAWASAN 2


Asalammualaikum............

Aku tertarik dengan apa yang ku lihat pagi tadi,dimana proses pemilihan yang sangat menyeronokkan berlangsung. Aku di fahamkan ada dua kumpulan ia itu (team 2M lawan team MT) telah bertanding untuk menjadi perwakilan kawasan ke mesyuarat agung tahunan yang dijangka akan diadakan pada penghujung Jun/2011 nanti. Berbagai cara mereka usahakan untuk memenangi hati para pengundi,antaranya:-

1) Hari ini rata-rata para calun berhati mulia dan berbaik sangka kepada semua orang sehingga tak kenal anggota atau bukan anggota ,untuk menunjukkan mereka adalah orang yang baik hati dan pemurah,semua orang yang dijumpa dipelawa minum tak kira orang itu penyokong team mana. aku pun tumpang sekaki tapi aku tak berhak mengundi sebab aku bukan anggota KOSWIP.

2) Mereka menunjukkan kesungguhan ingin menang dimana ada yang membuat benner, bunting yang terpapar gambar calun-calun yag bertanding dan tertera tulisan "PILIHLAH 16 CALUN KAWASAN 2 2011" diletakkan dimuka pintu masuk tempat mengundi. Ahli yang datang juga disambut oleh kalangan calun yang berpakaian sedundun (seragam) menunjuk kan idintiti pasukan masing-masing.(kumpulan 2M baju batik dan kumpulan MT baju KOSWIP) itu lah yang aku nampak.

3) Tak jauh beza dengan pemilihan parti dan pilihan raya , dimana mereka juga ada perayu undi walaupun bukan bergelar kumpulan 10 yang pasti mereka perayu undi.

4) Kebaikan yang aku lihat walaupun pertandingan antara dua kumpulan yang bertetangan tetapi masing-masing berjaya mengawal keadaan, tiada perkara yang tak diigini berlaku pemilihan berjalan lancar. Semua menghormati antara satu sama lain Syabas aku ucapkan kepada ahli KOSWIP kawasan 2.

Kepada yang berjaya sekalong tahniah aku ucapkan jadilah perwakilan yang benar-benar faham fongsi kamu sebagai perwakilan. Kepada yang tewas tunggu lah pemilihan akan datang............

Setiap pertandingan semestinya ada yang mengguris dan terguris dihati sama ada tingkah laku maupun kata-kata, pesan aku bermaaf-maafan lah kamu supaya tiada dendam dihati. bak kata pepatah "Biduk lalu kiambang bertaut" pemilihan dah selesai berbaik-baik semula lah antara kamu yang bertanding.

Keputusan

Kumpulan 2M berjaya seramai 13 orang sebagai wakil dan kumpulan MT hanya 3 orang calun yang mendapat kepercayaan dari anggota kawasan untuk mewakili mereka ke mesyuarat agung perwakilan.

Suara-suara nakal

1) Ada yang mengelarkan ketua kumpulan 2M tu budak tadika he.....he....he...

2) Berbaju kumpulan 2M macam pelawat dari seberang dan kumpulan ketua-ketua kampong...he..he..

3) Ada yang meniru gaya macam Mau Tzi Tong.... dan macam-macam lagi.

1 ulasan: