SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Selasa, 15 Februari 2011

Cinta Kepada Rasul SAW.

Salam,
Salallahu ala Muhammad, salallahu alaihi wasalam.
Semalam hari kekasih (valentine day),hari ini pula adalah Hari Maulidul Rasul. Antara dua hari ini boleh saya katakan kedua-dua hari ini adalah hari memperingati kekasih. Tetapi kekasih yang bagaimana yang harus kita peringati? Bagi aku sebagai orang islam aku hanya memperingati Baginda Junjungan Rasullullahi Sallallahu Alaihi Wasalam (SAW).
Susah sangat kah untuk kita mengasihi rasullullah? Sedang kan Allah maha pencipta pun mengasihi dan berselawat keatas bagingda begitu juga dengan paramalaikat sebagai tanda kasih dan cinta kepaada Baginda SAW,Sudah sepatutnya kita yang mengaku umatnya berbuat demikian(berselawat).Persoalannya berapa kalikah dalam sehari kita berselawat keatas Nabi SAW?
Sekiranya anda tidak mengaku anda umat nya maka elok sangat lah anda meraikan hari kekasih seperti semalam.Bertukar-tukar rose,minum-minum yang memabukkan bercubu-cumbuan dan bemacam ber-ber lagi...........mereka.(Ingat!!!! sekiranya kamu meniru-niru dan menyerupai mereka maka kamu adalah dari golongan mereka )
Memperingati Kelahiran Rasullullah (kekasih Allah)tidak perlu membawa rose, chocolate,cukup hanya melafaskan salawat dan puji-pujian keatas Junjungan Baginda Rasullullah.
Sebagai tanda cinta dan kasih kita kepada Baginda Rasullullah kita cuma dituntut untuk mengikut sunahnah nya itu sahaja.Dari pada makan minum,tidur baring,bercakap,bekerja ,berjanji,berniaga sehingga lah melaksanakan sholat dan melakukan apa-apa pun untuk kehidupan didunia ini kita disaran kan untuk megikut sunah Rasul.
Jangan lah kita mempertikai dan meragui untuk mengikut sunah nya, kerana Allah telah menyatakan bahawa setiap perbuatan Rasullullah SAW itu adalah Uswatun hasanah (contoh ikutan) yang baik.Seperti mana yang saya sebutkan tadi, soalnya mampukah kita mengikut kesemuanya? tapi kalau tak mampu semua sebahagian pun dah cukup jangan tak ikut langsung............
Mudah-mudahan kita akan sentiasa mencintai Rasullullah SAW.Ucapkan lah selawat kepadanya setiap hari sebagai tanda cinta kita yang tiada berbelah bahagi..........Insaallah kita akan mendapat syafaatnya............

1 ulasan: