SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Rabu, 16 Februari 2011

AJK BARU KOSWIP KAWASAN 2

1) Bila mereka dah menang duduk sebagai AJK kawasan, ada yang tak faham peraturan (UUK KOSWIP) dah mula tak sadar diri, Ada yang ingin membuat peraturan mengikut selera mereka sendiri. Ini lah masalah yang ada pada orang kita ni mudah sangat lupa diri.Tak boleh dapat kuasa sikit dah nak pancung sana-sini dengan alasan orang itu tak tahu buat kerja, dah lama sangat dan macam-macam alasan di cipta hanya untuk mengugurkan orang lain.(Umpama beruk jumpa bunga)tak tahu nak buat apa, bunga dikoyak-koyak hingga layu ditapak tangan sepatutnya bunga itu dijaga hingga subur dan cantik..........apakan daya berokkkk!!!

2) Sepatutnya mereka-mereka itu bersukur kerana berjaya (menanggong) dan diberi puluang oleh Allah untuk melaksanakan satu fardu (Fardu kifayah) gunakan lah sebaik mungkin kesempatan yang ada untuk mencari pahala. Seperti menyatukan semula perpaduan yang telah retak angkara kempen yang berlebihan semasa ingin bertanding tempoh hari. Itu lah dia peranan sebagai seorang pemimpin yang patut di contohi dan di segani.

3) Peranan sebagai Ketua,Setiausaha dan AJK kawasan adalah memberi penerangan yang secukupnya kepada perwakilan kawasan supaya perwakilan tahu apakah dia perananya, bukan hanya sebagai pengikut membabi buta, dan beri mereka pengetahuan asas dan tanggongjawab sebagai seorang perwakilan untuk menentukan pucuk pimpinan, menyantuni anggota-anggota kawasan. Memastikan kebajikan mereka terjaga dan segala masalah-masalah mereka diselesaikan dengan kadar segera. Jangan sampai anggota mengeluh keresahan akibat kelewatan kamu (perwakilan) dalam membantu mereka.

4) Tapi itu diperingkat kawasan sahaja ada lagi satu tanggongjawab yang lebih besar harus kamu dilaksanakan sebagai Ketua,Setiausaha,AJK kawasan,Ia itu memastikan Koperasai (KOSWIP) sentiasa maju dan berdaya saing dan sentiasa mengekalkan momentum keuntungan dari tahun ketahun.Kamu-kamulah tempat angota kawasan bergatung harap supaya koperasai yang mereka angotai itu memberi keuntungan dan membantu mereka,kerana itu adalah ojektif penubuhan koperasi.

5) Sebenarnya masih ada lagi yang aku fikir perlu aku bincangkan dalam ni seperti surat layang, fitnah-memfitnah, buruk memburuk pehak lawan (semua kawan-kawan) tak perlu semua tu...buruk perangai (Perangai Waro'an) Insalah dimasa-masa depan mungkin juga aku akan bincang cerita Ibu pejabat KOSWIP lak.........tenggah cari info......... sesiapa ada info pasinglah kat aku...........

Aku harap jangan ada yang tersinggung lak dengan kata-kata aku tadi.....aku tahu kamu bijak-bijak tapi tak semua........

1 ulasan: