SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Jumaat, 29 April 2011

Kesal dengan sikap TV3 terlampau

Kenapakah pihak kerajaan berdiam diri dengan apa yang sedang berlaku sekarang ini? apakah kerajaan memang sengaja mambiarkan (merestui) penayangan video sek mirip pemimpin pembangkang itu di kaca TV3 dan siaran yuotube?

Kenapa kah kerajaan membiarkan perkara itu berlaku sedangkan anak-anak ramai yang menun tunnya.

Saya yakin kerajaan mampu menyekat penayangannya dikaca TV3 atau yuotube kerana kerajaan mempunyai berbagai agensi penguatkuasaan yang boleh digerakkan untuk menghalang penayangan tersebut.

Sebagai seorang bapa aku merasa kesal dengan apa yang telah ditayangkan oleh TV3 dan penayangannya diyuotube tempoh hari dan semalam, kerana secara tak langsung maruah aku selaku orang yang berumur agak tercemar dimata kanak-kanak yang sedang meningkat remaja. Kerana itu ada lah tata cara perbuatan untuk orang yang dewasa, kenapa mesti ditanyang kan kepada mereka?

Kita selaku orang tua melarang keras anak-anak menonton dan menyimpan gambar-gambar lucah dalam H/P mereka, tetapi pihat TV3 dengan senang sahaja menyiarkan gambar-gambar seperti itu,seolah-olah langsung tiada rasa tanggongjawab terhadap masyarakat apakah pihak TV3 fikir dengan penayangan gambar seperti itu akan dapat menarik lebih ramau penonton untuk menonton TV3 yang kini sudah mula menurun rattingnya dan akan dapat membantu menambah penyokong kerajaan?

Kenapakah pihak TV3 tidak memikirkan dengan teliti bahawa tayangan itu mampu menyumbang keruntuhan ahlak dikalangan remaja, Sepatutnya TV3 membuat program agama dengan menjemput orang-orang yang alim untuk menjadi penal perbincangan tentang bagaiman untuk mencegah keruntuhan ahlak dikalangan remaja,(ingat mencegah itu lebih baik dari mengubati)

Aku yakin dengan penayangan gambar seperti itu akan membuat hati rakyat akan bertambah muak dan benci dengan kerajaan yang sekarang kerana kerajaan yang ada mengamalkan dasar "matelamat menghalalkan cara"

Aku harap kerajaan dibawah pimpinan Najib melalui kementerian yang dipimpin oleh Rais dapat berbuat sesuatu untuk menghalang gambar-gambar lucah ditayangkan kepada rakyat melalui TV. Sama ada gambar yang mirit pembangkang itu atau pun orang lain.(Maluuuuuuuuuu)

1 ulasan: