SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Selasa, 26 April 2011

Paderi dipenjara selepas teruskan bantahan dimasjid

DEARBORN (Amerika Syarikat): Seorang paderi kontroversial dari Florida dipenjarakan Jumaat lalu selepas mahkamah daerah Michigan memutuskan bantahan yang beliau hendak anjurkan di sebuah masjid di sini boleh mencetuskan keganasan.

Paderi Terry Jones dan penolongnya, Encik Wayne Sapp, dihantar ke penjara di Detroit selepas mereka enggan memenuhi terma perintah Hakim Mahkamah Daerah Mark Somers.

Awal dari itu, Hakim Somers telah mengarahkan masing-masing membayar bon damai simbolik bernilai AS$1 ($1.23) di bawah arahan melarang mereka daripada menghampiri Pusat Islam Amerika di sini dan harta awam di kawasan berhampiran selama tiga tahun.


Paderi Jones dan Encik Sapp menghabiskan masa sejam dalam penjara dan kemudian dibebaskan dari lokap selepas membayar bon AS$1 itu.

Paderi Jones sepatutnya mengadakan bantahan di pusat Islam itu pada 5 petang (waktu tempatan) Jumaat lalu.

Paderi Jones kemudian ditukil sebagai berkata oleh The Detroit Free Press bahawa mereka berdua akan 'kembali minggu depan' untuk menganjurkan bantahan baru.

Awal daripada itu, panel juri mendengar keterangan dan hujah selama lima jam sebelum memutuskan bantahan Paderi Jones boleh mengganggu ketenteraman awam.

Kes itu memberi tumpuan antara hak kebebasan bersuara dengan kebimbangan mengenai kemungkinan keganasan di Dearborn, kawasan pinggir bandar Detroit - yang mempunyai paling ramai masyarakat Islam di Amerika.

Awal daripada itu, Paderi Jones berkata Al-Quran 'mempromosi kegiatan pengganasan di seluruh dunia'.

Menurutnya, beliau berhak mengadakan bantahan kerana tindakan itu dilindungi di bawah Artikel Pertama perlembagaan negara yang membenarkan kebebasan bersuara.

Pihak pendakwa raya yang pada mulanya memohon perintah dikenakan bon damai AS$25,000 bagi kedua-dua Encik Sapp dan Paderi Jones, berkata mereka kemungkinan dipenjara tiga tahun jika enggan membayar bon AS$1.

Paderi Jones menjadi perhatian masyarakat antarabangsa kerana membakar Al-Quran bulan lalu, yang kemudian mencetuskan bantahan ganas di Afghanistan. -- Agensi.
Aku petik

1 ulasan: