BATU PAHAT 25 April - Polis hari ini menafikan khabar angin kononnya wujud sekumpulan empat penjenayah ala 'orang minyak' yang hanya berseluar dalam sedang bermaharajalela menyamun beberapa buah rumah di lereng bukit di daerah ini.
Khabar angin yang bertiup kencang itu wujud berikutan kehadiran helikopter Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dilihat berlegar di ruang udara daerah ini dan pelaksanaan sekatan jalan raya sepanjang lima hari bermula 19 April lalu.
Setelah melakukan samun di rumah pada lewat malam dan awal pagi, kumpulan orang minyak itu dikatakan melarikan diri ke markas mereka yang terletak di kawasan hutan di bukit berdekatan Kampung Istana di sini.
Lima buah rumah di Kampung Istana dan sebuah rumah di Parit Besar di sini turut dikatakan disamun oleh suspek yang dipercayai menuntut ilmu hitam dan menyasarkan rumah lot tepi berdekatan lereng bukit.
Bagaimanapun, Pemangku Ketua Polis daerah, Asisten Supritendan Adnan Azizon menegaskan, tinjauan udara helikopter itu adalah sebahagian daripada operasi cegah jenayah bagi memantau lokasi berisiko tinggi menjadi sasaran penjenayah termasuk rumah-rumah di lereng bukit.
Beliau memberitahu, operasi turut membabitkan sekatan jalan raya dan pemeriksaan di rumah-rumah kongsi penempatan pekerja warga asing dan pusat hiburan bagi memastikan mereka mempunyai permit yang sah untuk bekerja di sini.
"Tidak wujud orang minyak. Kalau ada orang minyak, kita tak guna helikopter tetapi guna bomoh," katanya sambil berseloroh pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat hari ini.
Adnan bagaimanapun tidak menafikan polis turut melakukan pemeriksaan di kawasan lereng bukit termasuk berdekatan Kampung Istana, tetapi menafikan wujud markas 'orang minyak' di situ.
"Memang kita ada buat pemeriksaan kerana dalam kes pecah rumah, penjenayah dikesan sering melarikan diri ke kawasan hutan di lereng bukit. Namun tak wujud markas seperti itu," katanya.
Adnan memberitahu, sepanjang operasi itu dijalankan, polis menahan 249 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan mengeluarkan 469 saman trafik atas pelbagai kesalahan.
Agen SBOBET - Agen JUDI - Agen Judi Online - Agen Bola - Agen 988betonline
BalasPadamAgen Judi Online
Daftar Agen Bola Online
Agen Bola Terbaik
Agen Judi Bola
Agen Judi Kasino
Berita Bola
Berita Bola Terkini
Berita Bola Terupdate
Berita Terkini
Berita Terupdate